Monday, August 8, 2011

Matyo, Alex, Berganding Kembali

Penyerang kelahiran Pahang, Azamuddin Akil akhirnya menamatkan tanda tanya tentang kemana beliau akan beraksi selepas ini apabila pagi tadi beliau telah sah milik pasukan juara Liga Super 2011 iaitu Kelantan.

Azamuddin yang sebelum ini dikaitkan dengan dua pasukan gergasi, Kelantan dan Terengganu diberi pelepasan oleh Tg Mahkota Pahang untuk menyertai skuad kijang melalui pinjaman (loan).

Ini pastinya menggembirakan seluruh kem Kelantan kerana krisis ketumpulan barisan serangan mungkin berjaya di selesaikan. Azamuddin beraksi bersama Kelantan, perkara ini telah menjadi impian tiga jurulatih Kelantan, dari era Peter James Butler ke era B.Sathiananthan dan sekarang Dato' M.Karathu.

Apa yang pasti, Norshahrul akan dapat berganding semula dengan rakan lamanya ketika di pasukan UPB My-Team dahulu, mereka terbukti serasi di waktu itu apabila berjaya mencatat 29 jaringan dalam saingan Liga Super musim 2008.

Penulis yakin, dengan gandingan ini, barisan serangan sang kijang akan berjaya merobek gawang lawan dalam perlawanan demi perlawanan dan terus membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua sekaligus berjaya dalam misi mempertahankan Piala Malaysia di negeri Che Siti Wan Kembang ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...