Tuesday, August 2, 2011

Farizal, Khyrill & Norhafiz Kembali

Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias dan Khyrill Muhymeen Zambri merupakan 3 pemain yang kembali mendapatkan kepercayaan jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal untuk menyarung jersi pasukan negara.

3 pemain ini bukanlah muka baru dalam kem kebangsaan, mereka pernah menabur bakti buat pasukan negara tidak lama dahulu.

Apa yang menariknya, Joseph Kalang Tie merupakan satu-satunya muka baru dalam skuad negara. Beliau hanya pernah menyarung jersi kebangsaan sekali sahaja, itu pun dalam perlawanan diantara skuad pilihan Malaysia lawan gergasi EPL, Chelsea.

Selain itu, nama-nama seperti S.Subramaniam dan Nurul Azwan Roya masih belum tersenarai. Sementara itu, Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Abdul Razak digugurkan dari skuad kebangsaan akibat masalah kecederaan.


Kesemua pemain Harimau Muda A - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan. 



Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie
Terengganu
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari
Kelantan
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali
Kuala Lumpur
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
Faizal Muhammad
Harimau Muda A
Safee Sali
Pelita Jaya
SuaraSukan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...