Friday, August 12, 2011

Arsene Wenger Angkat Bendera Putih

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger akhirnya terpaksa akur dengan keinginan dua pemain utamanya yang ingin berhijrah ke kelab lain setelah 6 tahun kempunan piala di Arsenal.

Dua tonggak The Gunners, Samir Nasri dan Cesc Fabregas akhirnya diberikan pelepasan untuk mencuba nasib di Manchester City dan Barcelona.

Dua tonggak yang mengekalkan Arsenal di Premier League, tanpa mereka berdua mungkin The Gunners akan menggantikan tempat QPR di Football League Championship musim hadapan.

Paling memeritkan ialah 'belotnya' Fabregas yang diasuh Arsene Wenger sejak dahulu lagi, from zero to hero, kehkehkeh! Ia boleh diibaratkan sebagai satu 'penderhakaan' oleh anak terhadap bapanya. Fabregas ke Barca untuk bersama rakan-rakan senegaranya yang telah lama mengajak beliau bersama mereka. 'woi, datang sini la, tengok kami, dah berpuluh-puluh piala kat sini, hang apa yang dapat?' mungkin itu lah ayat yang Xavi dan Iniesta gunakan. Kehkehkeh!

Bagi kes Samir Nasri pula, pengurusan Islam di Manchester City mungkin menjadi punca beliau memilih kelab itu di samping hasrat untuk menang piala. Tapi naluri penulis kuat mengatakan tiada piala buat Nasri di City! paling tidak pun Nasri akan dapat pegang Carling Cup (itu pun kalau riot di Manchester berterusan dan rumah Alex Ferguson dipecah masuk dan beliau diculik)

Siapa pengganti Nasri ? Alex Oxlade-Chamberlain, dikala penyokong-penyokong The Gunners seakan-akan sudah perit dengan ejekkan 'team budak', Arsene Wenger bawa masuk pemain berusia 17 tahun ni yang membangkitkan kemarahan penyokong Arsenal sendiri. Mungkinkah akan berlaku rusuhan juga ? Next Theo Walcott kononnya. Come on la, Theo Walcott is overrated la !

Selain itu, Arsenal juga telah menandatangani seorang lagi yang dahinya ala-ala Vincent Kompany iaitu Gervinho yang beraksi di posisi striker. Deep in my heart mengatakan Gervinho akan jadi the next Fernando Torres. Dia akan temui kegagalan, kenapa ? cuba tengok Chamakh yang sebelum ini dikatakan akan bersinar, apa jadi ? he couldn't even get a game ! sama seperti Niclas Bendtner.

Kesimpulanya, tidak mustahil gambar seperti dibawah akan keluar lagi di penghujung musim baru ini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...