Friday, August 19, 2011

Piala Malaysia : Group C

#MuhdShamil

Group C pula, dibarisi Kelantan, Johor FC, FELDA United dan Sarawak. Group ni aku nampak agak boring sikit sebab tengok pon dah boleh agak siapa yang boleh pergi dan siapa jadi lauk.

Kelantan, pasukan paling gedebe dan power di Malaysia ketika ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk jadikan pasukan-pasukan lain lauk-pauk semperna hari raya. Krisis barisan serangan Kelantan juga dilihat sudah selesai dengan kehadiran Azamuddin Akil yang dah score dalam 2 perlawanan persahabatan berturut-turut. Alex dah jadi antara pemain kegemaran di kelate. Tiada masalah untuk layak aku tengok. Buke sebab kawe ore kelate dehh. Kehkehkeh.

Johor FC. antara pasukan yang dah banyak kali buat upset kepada team-team besar, tahun lepas pon mereka hampir layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Mereka hampir kejutkan N9 di semi-final tetapi akhirnya mereka terpaksa akur, tapi aku yakin tahun ini mereka sekurang-kurangnya ingin mengulangi pencapaian tahun lepas. Tapi friendly dah kena sepak dengan team abang 4-0, ye la, dah nama friendly kan. Kehkehkeh.

FELDA United, sedih lagi menyedihkan apabila diundi bersama bako ore berani kelate. Dah berapa kali kena belasah. Kalau tak caya cuba tanya abang clener di Stadium Sultan Muhamad IV. 6-0 yer dok. Tapi aku rasa FELDA ni boleh bagi saingan juga kat Johor FC dan Sarawak kerana mereka ada kualiti tapi yer lah. Hmmm

Sarawak. Aku tak pernah tengok langsung corak permainan mereka. Tapi aku rasa kelab dari Liga Perdana ni tak boleh bagi saingan lagi untuk kali ni. Musim depan mungkin boleh la macam PKNS tu. Tapi siapa tahu semangat agi idup agi ngelaban datang tiba-tiba. Kehkehkeh.

Kesimpulanya, aku pilih Kelantan dan Johor FC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...