Thursday, August 4, 2011

Jadikan Piala Presiden Lebih Kompetitif

Dikala saingan Liga Super Malaysia semakin berkembang dan semakin mencabar, timbul pula persoalan tentang nasib yang bakal menimpa pemain-pemain muda. Dapatkah mereka merebut tempat untuk beraksi dalam skuad senior apabila FA masing-masing merekrut pemain bintang ?

Sudah semestinya tidak, tambahan pula dengan kehadiran semula awang import kedalam kancah Liga Super Malaysia musim hadapan. Sampai bila pemain muda nak main untuk skuad Piala Presiden ? Usia mereka akan terus meningkat.

Bagaimana nak beri peluang untuk pemain-pemain muda beraksi bersama skuad senior, bagi penulis, salah satu caranya ialah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memainkan peranan penting untuk menjadikan saingan Piala Presiden lebih kompetitif.

Bagaimana nak jadikan saingan Piala Presiden lebih kompetitif ? pada pendapat penulis, membenarkan pemain import adalah salah satu jalanya. Ya, semestinya ada yang akan kata 'player import mana nak datang main dengan Piala Presiden ?', kenapa tiada ? janganlah bawa masuk pemain yang sudah ada kontrak bersama mana-mana pasukan, bawalah masuk pemain yang masih tiada kontrak, yang ingin mengasah bakat.

Tetapi untuk merealisasikan perkara ini, pihak Persatuan Bolasepak negeri masing-masing juga perlu mengambil bahagian dengan serius, cari 'scout', hantar ke negara luar, cari pemain-pemain yang berbakat. Tetapi sanggupkah ? Anda kenal pemain muda Brazil yang kini di jadikan sasaran banyak kelab ternama dunia, Neymar ? tahukah anda bahawa sebelum menjadi pemain profesional, beliau sekadar bermain di jalanan.

Jika perkara tersebut berjaya, sudah pasti saingan di peringkat Piala Presiden akan jadi lebih kompetitif, walaupun pemain import tu sekadar pemain amatur, tetapi, jika bawa masuk yang betul-betul berbakat, sudah pasti cara permainanya akan berbeza dengan pemain di negara kita. Bila pemain muda kita tengok pemain import beraksi, mereka akan rasa tercabar dan mulalah persaingan sihat.

Selepas semua itu, pasti keluar kenyataan 'Dah semestinya import player dapat main dengan senior'. Masalah ini boleh ditangani, peraturan yang dikeluarkan FAM, tentang hanya 3 pemain import boleh beraksi sudah cukup. Tak mungkin 3 kuota pemain import itu nak diisi dengan semua pemain import muda kan ? semestinya Persatuan akan bawa masuk awang import yang lebih berpengalaman. Jadi, disitu ada ruang buat pemain muda negara kita.

Sekian
Sekadar pandangan peribadi :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...