Monday, August 8, 2011

Noisy Neighbours Tumbang

Jiran tertangga Manchester United yang disifatkan sebagai 'the noisy neighbours' oleh Sir Alex Ferguson iaitu Manchester City akhirnya tumbang di Stadium Wembley dalam perlawanan untuk merebut Charity Shield semalam.

Skuad City yang menelan belanja hampir 816 juta pound itu gagal mempamerkan aksi mantap sejak dari sepakmula, jelas, United lebih mendominasi perlawanan, but somehow mereka dapat menjaringkan dua gol yang menjadikan penyokong mereka semakin bising.

Gol pertama dijaringkan pemain pertahanan paling kacak mereka, Joleon Lescott melalui tandukan hasil sepakan percuma dari pemain kenit mereka, David Silva. Beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat, pemain dari Bosnia mereka yang berharga 27 juta pound menggandakan jumlah jaringan buat City.

Walaupun mendahului dengan dua gol, kegelisahan di wajah pengurus City, Roberto Mancini jelas dapat dilihat manakala Sir Alex Ferguson masih steady seperti biasa. Mungkin Mancini tahu akan kemampuan United untuk bangkit dan kemampuan City untuk tumbang.

Bermula babak kedua, dua pemain pertahanan tengah yang disifatkan sebagai 'ayam tua' oleh penyokong City, Vidic dan Ferdinand dikeluarkan dan digantikan pula dengan gandingan yang disifatkan sebagai 'budak mentah' oleh penyokong City, Phil Jones dan Evans. Carrick juga dibawa keluar dan seorang lagi 'budak mentah' dibawa masuk, Tom Cleverly.

Mereka seakan-akan terkejut dengan aksi 'budak-budak mentah' United yang jelas lebih mantap dari pemain puluhan juta mereka. Mereka cuba mengasak, tetapi mereka disekat Evans, mereka cuba bertahan, tetapi mereka diayamkan oleh Rooney dan rakan-rakan.

Namun, para penyokong City masih gah menyanyi lagu-lagu mereka, gah tak gah, Smalling jaringkan gol, mereka terdiam kerana mereka tahu, United mampu menang, daripada diam kemudiannya muka mereka berkerut tengok Nani jaringkan gol penyamaan.

Ramai pemain City yang tak dapat tidur lena dan ada juga yang separuh gila bila tengok build-up untuk gol kedua tu, disaat penyokong mereka sangka perlawanan akan dibawa ke penentuan sepakan penalti dan sudah tentu mereka menang kerana mereka kata penjaga gol mereka penjaga gol nombor satu England, penjaga gol United sekadar budak tadika. Mereka akhirnya menagis dan ada yang terus ke bangunan-bangunan tinggi lalu terjun.

Nani jaringkan gol lagi hasil kesilapan pemain yang disifatkan paling cerdik dalam pasukan kerana mempunyai otak yang besar iaitu Vincent Kompany, Joe Hart sekali lagi dianjingkan oleh Nani untuk gol kemenangan United sekaligus mengekalkan status sebagai penyimpan rasmi Comunity Shield untuk dua tahun berturut-turut.

Kesimpulanya, duit dan pemain bintang bukan segalanya, kalau musim ini United mampu bangkit dan menang dengan keputusan 3-2 maka tak mustahil musim hadapan United dapat menang 4-0 atau lebih dengan pengalaman yang 'budak mentah' United kutip di sepanjang musim ini dan merasai bagaimana menjadi juara.

Akhir sekali, cuba anda semua bandingkan apa perbezaan gambar di atas dengan gambar dibawah :




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...