Tuesday, August 9, 2011

Andai Kata...

PERHATIAN : Post ini sekadar banyangan di minda penulis, tiada kena mengena dengan dunia sebenar.

Perlawanan terakhir pasukan negara yang akan menentukan sama ada Malaysia layak untuk beraksi di Piala Asia 2015 atau tidak. Malaysia akan bertemu South Korea dan perlawanan tersebut diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan hampir 100 ribu penyokong Harimau Malaya hadir memberi sokongan. Malaysia perlu menang perlawanan ini !

Untuk perlawanan ini, Rajagobal masih menggunakan skuad sama yang tewas di tangan Singapura, namun sekarang, 'project boys' tampak lebih berwibawa. Khairul Fahmi Che Mat di posisi penjaga gol, Mahali - Aidil - Fadhli - Asrar di bahagian pertahanan, Amirul - Amar - Safiq - Kuna di jentera tengah, manakala Norshahrul dan Safee di bahagian serangan.

Wisel sepak mula dibunyikan, tak sampai 5 minit perlawanan, Safee Sali kena tackle oleh pemain pertahanan South Korea,Cha Du-Ri,Safee tidak dapat meneruskan permainan, beliau terpaksa diusung keluar.Siapa paling wajar untuk menggantikan beliau ?

Rajagobal punyai Baddrol Bakhtiar, Fakri Saarani, Abdul Hadi Yahya dan Ashaari Shamsuddin, siapa yang patut Rajagobal masukkan ?

(Di nilai berdasarkan prestasi semasa)
Baddrol Bakhtiar - antara pemain tengah terbaik negara, sinonim dengan posisi selaku pemain sayap namun tidak kurang bisa jika diletakkan selaku back-up striker, mempunyai kelebihan melalui sepakan percuma dan sepakan jarak jauh, persembahannya agak konsisten dalam semua perlawanan.

Fakri Saarani - laju namun dilihat agak gopoh dan kerap lost possesion di tempat yang tak sepatutnya, banyak melakukan kesilapan mudah, dilihat tidak ada sebarang impak dari beliau  apabila dimasukkan dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

Ashaari Shamsuddin - babyface, vision dan pace yang baik, sangat berbahaya jika diberi ruang berlegar dalam D-box, senang cerita, D-box tu dia punya. Corak permainan ala Ruud Van Nistelrooy, jika beraksi di posisi sayap kanan juga agak cun.

Abdul Hadi Yahya - Top scorer Super League 2011, namun apabila bersama skuad kebangsaan, beliau kurang berbisa, jarang melakukan percubaan berbahaya. Mungkin belum dapat rhythm dan blend dengan national team sepenuhnya. Potensi beliau masih belum digunakan sepenuhnya. Beliau seolah-olah tiada dalam team, tiada sumbangan, mungkin kerana tiada yang 'menyuap' seperti di Terengganu ?

Jadi, memandangkan Safee Sali seorang top striker, penulis merasakan Norshahrul Idlan Talaha boleh mengganti tempat beliau dan Baddrol Bakhtiar boleh mengisi kekosongan di tempat Matyo. Namun, jika Matyo dikekalkan di posisi asal, maka posisi sebagai top striker hanya dapat diisi oleh Abdul Hadi Yahya walaupun prestasinya kurang menonjol. Semuanya terletak dibahu beliau. Ini merupakan satu krisis buat barisan serangan negara dan harus dicari penyelesaian segera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...