Thursday, August 25, 2011

Azamuddin Hebat, Norfarhan Menyengat


Pemain pinjaman pasukan Kelantan, Mohd Azamuddin Akil membuktikan beliau sememangnya layak untuk beraksi bersama skuad juara Liga Super 2011 selepas menampilkan aksi mantap dalam beberapa perlawanan persahabatan pemanas badan menjelang aksi Piala Malaysia nanti.

Terbaru, Azamuddin Akil atau lebih popular dengan gelaran Alex sekali lagi membantu The Red Warriors meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan persahabatan apabila menjaringkan 1 gol buat Kelantan dalam perlawanan menentang T-team di Stadium Sultan Muhammad IV semalam. Perlawanan berkesudahan tuan rumah menang 3-1.


Manakala pemain yang dikhabarkan bakal menyarung semula jersi The Red Warriors untuk musim hadapan, Norfarhan Muhammad juga mempamerkan aksi mantap disebalik kekalahan pasukan T-team. Norfarhan yang pernah menjadi wira Kelantan untuk musim 2009 dan 2010 bertindak meninggalkan pasukan pada musim 2011 namun ura-ura kuat mengatakan bahawa dia akan pulang bersama The Red Warriors untuk musim 2012.

Aksi bertenaga beliau banyak sedikit sebanyak berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahanan Kelantan dan lorongan-lorongan beliau juga dilihat berkualiti. Beliau juga merupakan seorang 'utility' player. Beliau boleh beraksi di banyak posisi. Itu kelebihan beliau.

Jika Norfarhan dibawa kembali ke Kelantan untuk musim 2012, penulis merasakan ia sesuatu yang amat baik, kerana Norfarhan sinonim dengan posisi sayap kanan. Posisi yang sekarang diisi oleh S.Chanturu, tetapi prestasi S.Chanturu dilihat agak kurang konsisten. Norfarhan juga boleh digunakan sebagai 'rotation' kepada 'regular player' kerana kita sedia maklum Kelantan akan beraksi di kejohanan AFC untuk musim hadapan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...