Tuesday, August 23, 2011

ViOn Zlaté dan QPR

#MuhdShamil

Aku ada dengar khabar yang mengatakan 3 pemain Harimau Muda dah di'loan'kan ke FC Vion di Slovakia. Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas, itulah 3 pemain baru kelab dari Slovakia tersebut. Katanya dipinjam untuk tempoh 3 bulan. Jadi aku nak ucapkan tahniah kepada mereka. 

Ini satu perkembangan positive dalam arena bolasepak negara, ya lah, kalau dulu ramai yang cakap player kita tak boleh nak bersaing dengan player luar sebab player kita ni kecik (bukan Zaharulnizam) sekarang dah terbuktilah yang player kita juga berkualiti.

Satu lagi perkara positif ialah peluang untuk beraksi di liga yang lebih baik seperti EPL, Spanish League atau Serie A lebih cerah kerana jika kita lihat pasukan bolasepak kebangsaan Slovakia kini berada di tangga ke 29 dunia. Sudah semestinya ramai scout-scout yang akan mencari pemain-pemain baru dari Liga Slovakia ini untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Tetapi, ada juga kesan negativenya, yang paling ketara, bekalan tisu di negara bakal berkurang, kenapa ? girlfriend-girlfriend player kita ni mesti nanghis tak henti-henti, yer dok ? kehkehkeh. Tapi pengorbanan tu penting. Ok, aku pun tahu aku dah mengarut ni, kembali ke tajuk entry.

Seperti yang korang sedia maklum, pendatang baru EPL, Queens Park Rangers kini dimiliki sepenuhnya oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes. Khabarnya QPR sedia memberi tempoh percubaan kepada penyerang Pelita Jaya, Safee Sali dan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, benarkah ? kalau benar baguslah.

Tetapi kalau tidak benar, jangan la nak kutuk Tony Fernandes sebab tak bagi peluang kat player kita. Kita kena ingat Tony beli QPR bukan dengan duit dan sokongan FAM, Tony pon tak pernah ambik tahu pasal FAM ni, mungkin kalau tanya dia apa maksud FAM pon dia tak tahu. Cuba tengok, Glazers beli United, ada ke player dari USA dalam team ? tapi iklan company USA ada. Sheikh Ittihad beli City, ada ke player dari Arab dalam team ? tapi iklan airlines ada.

Korang pon kena fikir juga, kalau lah benar Tony bawak semangat patriotik ke sana atau niat nak tolong player kita atau nak naikkan taraf bolasepak kita, tapi tengok la pula kualiti player kita, mampukah nak bersaing disana ? kalau setakat bawak Sharbinee atau pon Fakri baik tak payah, kalau macam Safee & Apek ni boleh la nak try-try.

Tapi apa-apa pun, Aku harap akan ada player kita yang beraksi di EPL suatu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...