Tuesday, August 16, 2011

Preview Perlawanan : Selangor lwn Kelantan

Setelah berjaya membelasah skuad Warga Kota, 5-0, kini anak didik Dato' M.Karathu akan berhadapan pasukan Gergasi Merah pula dalam perlawanan persahabatan kedua dalam rangka persiapan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

Dijangka aksi seakan perlawanan akhir akan dipamerkan kedua-dua pasukan walaupun ianya sekadar pemanas badan. Kedua-dua jurulatih punyai misi tersendiri. Bagi K.Devan, beliau ingin membalas dendam selepas dinafikan 3 piala oleh Kelantan musim ini. Manakala bagi Dato' M.Karathu, beliau ingin meneruskan rekod tanpa kalah Kelantan di tangan Selangor sejak 10 perlawanan lalu.

Namun harus diingat, fungsi utama perlawanan persahabatan adalah untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain disamping mencari dan memperbaiki kelemahan pasukan masing-masing. Sehubungan dengan itu, kedua-dua jurulatih dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik pada babak pertama dan akan melakukan banyak pertukaran pemain di babak kedua untuk memberi peluang untuk pemain lain beraksi.

Bagi Kelantan, ketiadaan penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat dan penjaga gol muda, Norhadi Ubaidillah tidak menjadi masalah kerana 2 lagi penjaga gol veteran bersedia untuk beraksi. Shahrizan Ismail yang beraksi dalam beberapa perlawanan musim ini dan berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos mungkin menjadi pilihan utama Dato' M.Karathu. Namun jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Halim Napi yang dikatakan masih hebat di gawang gol dalam perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur 2 hari lalu.

Di barisan pertahanan, M.Karathu punyai banyak pilihan dengan semua pemain bebas daripada kecederaan. Namun gandingan Aziz Ismail, Subra, Rizal, Daudsu mungkin diturunkan (penulis tidak tahu status Farisham Ismail dan Zairul Fitree) selain itu, M.Karathu masih mempunyai banyak pilihan seperti Wan Rohaimi dan pemain muda Nik Shahrul Azim boleh diturunkan.

Di barisan tengah, seperti biasa, gandingan yang sama ketika menewaskan Red Giants dalam saingan Piala Fa lalu kemungkinan besar diturunkan. Azwan Roya, Badhri Radzi, Shakir Shaari, S.Chanturu. Namun pemain-pemain lain seperti Solehin Kanasian, Wan Zaman, Khairan Ezuan, Khairan Eroza dan pemain muda Khairul Izuan Rosli bersedia untuk masuk padang.

M.Karathu tidak perlu lagi pening kepala untuk memilih pemain di barisan serangan dengan semua pemain available tambahan pula dengan kehadiran dua pemain pinjaman yang mempamer aksi baik ketika perlawanan persahabatan 2 hari lepas iaitu Azamuddin Akil dan R.Surendran. Gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan rakan lamanya Azamuddin Akil dilihat menjadi pilihan utama manakala Nizad Ayub, Ramzul dan Surendran, Farhan Yaakob dan Aris Zaidi mungkin akan dimasukkan pada separuh masa kedua.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...