Tuesday, August 2, 2011

Jangan Bebankan Pemain Muda

Penulis ada satu pesanan buat ketua jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal, Jangan bebankan pemain muda kita. Ingat, mereka ada banyak tugas. Kelayakan Olimpik, Liga Super dan skuad Senior.

Itu dilihat lebih kepada satu bebanan buat pemain muda kita. Apa yang penulis maksudkan ialah, Rajagobal tidak boleh menjadikan gandingan sekarang iaitu Mahali - Fadhli - Muslim sebagai pilihan utama.

Ya, mereka mempunyai potensi namun buat masa sekarang lebih baik mereka bersama skuad Olimpik dibawah bimbingan Ong Kim Swee kerana masih banyak mereka perlu belajar, di skuad senior bukan tempat untuk belajar, dan bukan tugas Rajagobal untuk mengajar, kerana beliau perlu pilih yang terbaik, yang sudah 'khatam' belajar bersama pasukan Liga Super masing-masing.

Usah pergi jauh, kita tengok apa yang ada dalam pasukan 'top 4' Liga Super dahulu iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah. Di tempat Mahali Jasuli, Rajagobal boleh panggil Daudsu (Kel), Sabree Abu (Ked) dan P.Gunalan (Sel). Manakala di tempat Muslim dan Fadhli pula, kita ada, S.Subramaniam (Kel), Marzuki (Ter), Nasriq (Sel) dan Farisham (Kel) dan Asrar juga 'off form', jadi Azmi Muslim (Ked) dan Aziz Ismail (Kel) juga bersedia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...