Friday, August 19, 2011

Jali Ohh Jali

#MuhdShamil

Sesudah aku berqiamullai sambil menanti waktu untuk bersahur, sambil dengar lagu Ipoh Mali, tiba-tiba hati aku terkenang akan kelibat Razali Umar Kandasamy. Aku tiba-tiba rindu akan dia. Jadi aku pun buat lah satu entry khas buat dia.

Razali Umar, satu nama yang pastimya tidak asing lagi buat penyokong-penyokong Perak mahupun seluruh peminat bolasepak negara. Pemain yang sentiasa menjadi harapan pasukan Perak dikala ramai pemain bintang angkat kaki meninggalkan pasukan sejak 2 tahun lalu. Dan dia sememangnya sayang kan Perak. Buktinya dia sanggup tolak tawaran lumayan dari Kedah dan Selangor. Aku rasa dia cuba ikut jejak langkah Ryan Giggs di United.

Corak permainan beliau pasti menjadi igauan pasukan lawan. Dengan pace nya yang luar biasa dan fizikalnya yang baik. Husband Rita Rudaini, si Aidil tu pon tak dapat nak kejar si Jali ni. Sesuai la tu kan 'kejor yob kejor'. Jali ni gemar bola on the run, tetapi dari segi skill memang tak boleh lawan Matyo la kan. Tapi kalau dibantu oleh midfielder yang bagus, aku yakin dia dapat 'curi' kasut emas dari Hadi Yahya.

Kalau korang ingat, musim 2009 boleh dikatakan musim paling berjaya buat mamat ni. Dia berjaya jaringkan lebih 20 gol walaupun beraksi dengan pemain-pemain kurang berpengalaman kerana ketika itu kebanyakan pemain utama seperti Khalid Jamlus, Danial Fadzly, Hamsani, Subra dan Nantha telah berhijrah ke pasukan baru.

Kalau beliau jadi lebih professional, sepatutnya dah ada satu pingat emas Sea Games dalam koleksi di dalam alamari kaca yang diletakkan di ruang tamu rumahnya kerana pada masa itu Rajagobal sememangnya ingin menyenaraikan beliau ke Sea Games.

Masalah displin ni tak asing lagi dalam kalangan pemain-pemain pasukan Perak. Ia bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan. si Khalid Jamlus dulu pon teruk, tapi si Jali ni lagi teruk katanya. Isk isk isk, ape keheynye? terok benor mike ni yerr.

Aku pon tak paham apa masalah dia, sebab apa yang aku tahu, tahun lepas, sebelum PAFA tamatkan kontrak Jali, coach Perak, Raja Azlan ada pergi buat spotcheck kat umah dia, bukan check rambut sebab kalau check rambut gerenti tak lepas. Raja Azlan pergi check apa aktiviti dia kat rumah. Tapi korang tau apa dia buat ? Dia buat training kat umah dia tiap-tiap hari sorang-sorang. Kenapa tak join team ? Nak tiru Beckham kot. Yer dok Jali oii ?

Mungkin ada masalah dalaman PAFA atau Jali ni besar kepala. Tapi hasil pemerhatian aku, tak kira lah apa masalah yang Jali buat, berapa kali tamat kontrak. Penyokong Perak tetap sayangkan dia kerana mereka yakin akan kebolehan beliau yang mampu bermain bergitu baik walaupun bermain berseorangan sebagai striker.

Sejak dai situ, nama Jali terus popular dengan kontroversi demi kontroversi. Dia terus jadi tumpuan media. Tambah-tambah selepas dia gagal hadir latihan skuad kebangsaan. Dan itulah dia RAZALI UMAR KANDASAMY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...