Friday, August 12, 2011

Nombor 7

Memandangkan hari ini penulis tiada sebarang urusan untuk diselesaikan maka penulis nak up entry ini. Jika di luar negara, jersi nombor 7 dipakai oleh pemain-pemain yang hebat belaka seperti Cristiano Ronaldo, David Villa, Michael Owen dan lain-lain. Bagaimana pula di negara kita, Malaysia ?

Bermula dengan skuad juara Malaysian Super League 2011, Kelantan, jersi nombor 7 dipakai oleh penyerang muda, Nizad Ayub. Penyerang kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di Kelantan (sudah dimiliki kehkehkeh)

Pace dan individual skill yang agak baik, namun dilihat agak gopoh di hadapan pintu gol membuatkan beliau jarang diberi peluang untuk turun beraksi dalam kesebelasan utama Kelantan.

Beliau perlu buktikan bahawa beliau bukan 'anak emas' dalam skuad Kijang. Beliau perlu terus berusaha memantapkan corak permainan beliau. Beliau juga ada menyimpan cita-cita untuk mengetuk pintu skuad kebangsaan. Beliau perlu menanam tekad yang teguh agar impian beliau menjadi kenyataan.

Di kem juara Piala FA, Terengganu, jersi nombor 7 dipakai oleh bekas pemain KL PLUS, Reeshafiq bin Alwi.Reeshafiq, pemain versatile, boleh beraksi di 3 posisi tengah (attacking mid, mid, dan def mid) 


Dari aspek defensive, Reeshafiq, bekas pemain Kuala Lumpur dan KL Plus – dikatakan mampu HOLD dan mengawal bola dengan bijak, malah jika dia ON FORM, jangan harap bola boleh melepasi kawalan pemain ini. Dia juga dikatakan bijak mencari ruang untuk melakukan hantaran kepada rakan, dan dari aspek attacking, pemain ini mempunyai kekuatan sepakan jarak jauh.

Di skuad Hobin Jang Hobin pula, tonggak pertahanan mereka, Aidil Zafuan Abdul Razak yang menyarung jersi nombor 7. Pertahanan berprofil tinggi ini turut menjadi tonggak pertahanan skuad negara sejak beberapa tahun dahulu.

Pemain yang sinonim dengan kehebatan tendangan percuma jarak jauh ini sangat disegani pemain penyerang lawan malahan kadang-kadang disegani juga oleh barisan pertahanan lawan kerana beliau suka naik keatas membantu jentera serangan.

Beliau menjaringkan gol daripada tendangan percuma jarak jauh dalam perlawanan Malaysia dan Taiwan tempoh hari dan gol itu berada dalam senarai 100 gol terbaik di dunia untuk bulan tersebut.

Di skuad Hijau Kuning pula, jersi nombor 7 disarung oleh pemain paling berharga mereka, Baddrol Bakhtiar. Laju, lincah dan berbahaya itu lah Badd. Beliau juga digeruni melalui percubaan-percubaan dan sepakan percuma jarak jauh.

Pernah menjalani latihan bersama skuad Chelsea di London dan sekarang hangat diperkatakan bahawa beliau menarik minat kelab ternama Eropah, Wigan Athletic yang dikhabarkan akan menjemput Baddrol untuk menjalani satu sesi pemilihan disana.

Kesimpulanya, jelas sekali pemain yang menyarung jersi nombor 7 di negara kita tidak kurang hebatnya. Bagi penulis tak kiralah anda pakai jersi nombor berapa sekali pon, yang penting anda terus cuba lakukan yang terbaik demi pasukan masing-masing dan yang paling penting demi negara Malaysia yang tercinta.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...