Tuesday, August 16, 2011

Arsenal & Chelsea Terlepas Pandang

Untuk post kali ini, penulis akan cuba jadi seadil mungkin dan tidak akan gunakan kata-kata sinis kepada pasukan-pasukan lain dan akan menulis apa yang nyata (kehkehkeh, jangan marah, ini perkara nyata)

Kita semua tahu, Arsenal dan Chelsea lebih memerlukan seorang pemain sayap yang laju dan tricky berbanding United kerana United sudah ada beberapa pemain-pemain sayap laju seperti Nani dan Valencia.

Namun kenapa Arsenal dan Chelsea terlepas pandang akan kelibat Ashley Young ? pemain berusia 26 tahun ini mempunyai semuanya. Chelsea dilihat beria-ia cuba mendapatkan bintang muda Santos, Neymar.

Chelsea bida Neymar dengan harga 41.5million sedangkan United sambar Ashley Young dengan harga yang murah iaitu 16million sahaja. Jika Chelsea bawa masuk Young peluang untuk mencabar kejuaraan dari United lebih cerah dan tidak mustahil mereka mampu jadi juara.

Bagi Arsenal pula, untuk bergelar juara agak sukar namun untuk memperbaiki kedudukan. Penulis yakin mereka dapat berada dalam kelompok 3 terbaik andai kata mereka bawa masuk Young.

Hasilnya mereka seri dalam perlawanan pertama yang sepatutnya mereka tidak mempunyai masalah untuk membawa pulang 3 mata. Van Persie dan Torres boleh jaringkan gol namun they're suffering from a lack of service dengan kata lain mereka tiada 'penyuap'. Arsenal were blunt without Fabregas tambahan pula Gervinho dilihat more like Solomon Kalou than Ashley Young.

Sementara itu, Chelsea dilihat lebih banyak bergantung kepada Cole dan Bosingwa untuk membuat overlap dan bukanya pemain tengah mereka namun mereka tidak berupaya untuk mengelecek sampai pertahanan lawan pening seperti Ashley Young dapat buat dan akhirnya memaksa pemain lawan jaringkan an own goal.

Keseluruhannya, United tak lah sehebat mana pada perlawanan pertama jika nak dibandingkan dengan Arsenal dan Chelsea tetapi kualiti yang ada pada Ashley Young membolehkan mereka mendapat 3 mata penuh pada perlawanan tersebut dan telah memberi mereka two point advantage over their rivals.

United menang perlawanan tersebut tanpa Rio Ferdinand dan Vidic. Evra juga tak diturunkan akibat masalah kecederaan. Cuba letakkan Arsenal di situasi tersebut. Their back four will be Sagna Djourou Squillaci Traore - Barisan pertahanan yang penulis rasakan kurang mampu untuk menyekat kemaraan pemain-pemain laju West Brom atau mana-mana pasukan dalam Liga.

Kita complain tentang ramai pemain cedera, tetapi kalau anda sign pemain-pemain back up yang berkualiti seperti Phil Jones dan Smalling dan anda ada pemain yang sudah terbukti berkesan seperti Ashley Young dibarisan serangan. Ia tidak akan menjadi isu besar dalam pasukan. Wenger patut tonton perlawanan Manchester United pada Ahad lepas dan cuba fikirkan semula tentang berbelanja hampir 20million  untuk Ryo Miyaichi, Alex Chamberlain, and Joel Campbell.

Risikonya terlalu tinggi. Mereka masih muda dan belum terbukti berkesan. Andai kata mereka tak capai tahap yang diharapkan? Mereka bukanlah apa yang Arsenal perlukan sekarang. Ia tidak adil untuk pemain-pemain muda ini datang ke kelab besar sebergini dan perlu terus menjadi lebih baik dari pemain-pemain senior dari kelab lain. Andai kata mereka gagal? Mereka akan jadi sasaran peminat

Kalau ada yang terasa penulis mintak maaf, kerana ini ikhlas dari hati seorang peminat bolasepak. Penulis tidak menggunakan kata-kata sinis kerana penulis sekarang sudah berada dalam mood hari raya Aidilfitri, jadi penulis ingin mohon maaf zahir dan batin buat semua lebih-lebih lagi kepada semua penyokong Chelsea (kehkehkeh)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...