Wednesday, August 3, 2011

Rumours Kembali !

Walaupun saingan Piala Malaysia belum bermula, namun, khabar-khabar angin tentang perpindahan pemain sudah meniti dibibir para bolasepak tanahair. Ini satu petanda positif dalam industri bolasepak negara.

Jika dulu, para peminat bolasepak kita hanya ambil tahu tentang perpindahan pemain di kelab-kelab gergasi dunia seperti Torres, Nasri dan lain-lain tetapi sekarang, topik tentang perpindahan atau penghijrahan pemain di negara sudah menjadi topik wajib di kedai-kedai kopi.

Sekarang, yang terhangat ialah mengenai Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal hampir pasti tinggalkan Selangor selepas saingan Piala Malaysia nanti, dengar khabar Kelantan pancing, dengar khabar lagi, mereka nak ikut jejak langkah Safee Sali.

Bercakap tentang Safee Sali pula, ada yang kata Safee nak cuba nasib di kelab liga Australia pula, kalau benar, pujuk-pujuklah Brendan Gan balik Malaysia.

Selain itu, kelab Sime Darby dikatakan sedang berusaha untuk membawa masuk seorang pemain dari negara jiran, Indonesia, katanya Sime Darby dah tawarkan kontrak untuk salah seorang striker terbaik liga Indonesia, Boaz Solossa, namun beliau tolak. Sekarang, Ahmad Bustomi pula jadi sasaran Sime Darby. Tak hairanlahkan, syarikat besar, dana pun mesti besar.

Sekarang, kita ke negeri Che Siti Wan Kembang pula, Kelantan, penyokong gelisah, Kelantan tiada penyerang berkaliber selain Norshahrul Idlan Talaha, tambahan pula, Norshahrul kini sering mengalami kecederaan hamstring, KAFA perlu mencari sekurang-kurangnya seorang penyerang untuk digandingkan bersama Norshahrul kerana yang ada sekarang iaitu Nizad Ayub, Ramzul Zahini dan Khalid Jamlus dilihat tidak bergitu menjadi.

Khabarnya, penyerang kelahiran Pahang, Mohd Azamuddin Akil sudah menyatakan kesediaanya untuk sertai Kelantan untuk saingan Piala Malaysia dan terus sambung kontrak untuk musim hadapan, KAFA pun dah setuju dengarnya, tetapi, Presiden Persatuan Bolasepak Pahang tak mahu lepaskan Azamuddin khabarnya.

Selain Azamuddin Akil. Famirul Asraf Sayuti juga dikatakan menjadi sasaran KAFA memandangkan Faiz Subri sudah disambar Tteam. Bercakap pasal Tteam, tadi penulis ada baca akhbar, katanya, selain Faiz Subri, penjaring terbanyak liga perdana Fitri Omar dan juga penjaga gol Pos Malaysia, Mohd Jibrail Kamaron sudah sah bersama mereka untuk Piala Malaysia nanti.

Untuk rumours pasukan lain-lain, penulis akan sampaikan di posting seterusnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...