Wednesday, August 17, 2011

Bintang Baru EPL

Walaupun penulis bukan peminat Manchester City tetapi penulis minat dengan Sergio Kun Aguero. Firasat penulis kuat mengatakan bahawa dia adalah bintang baru EPL.

Tak dapat dinafikan, penampilan pertama, 2 gol sememangnya sesuatu yang hebat namun harus diingat lawannya ketika itu bukan lawan sukar namun penulis menilai berdasarkan corak permainan beliau. Tak kiralah lawan sukar atau tidak. Cuba lihat Torres, lawan sukar atau mudah, dia tetap maintain.

Bak kata Datuk K.Rajagobal 'kita tak boleh nilai pemain dalam satu perlawanan'

Penulis juga yakin, Manchester City akan jadi pencabar utama Manchester United musim ini. City membeli Aguero kerana pada mulanya Carlos Tevez berhasrat untuk berhijrah namun dilihat akan kekal. Jika Roberto Mancini memilih untuk mengandingkan Aguero dan Tevez, tiada siapa dapat menghalang mereka.

Sergio Kun Aguero bakal menjadi Carlos Tevez yang baru, bakal menggegar pentas kejohanan paling besar didunia itu. Tetapi jika nak jadi Tevez, ikut yang positif sudahlah jangan pula jadi pemain paling banyak kontroversi seperti Tevez.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...