Friday, August 26, 2011

Perlawanan Persahabatan 35 Minit


Skuad Liga Super Kelantan mengakhiri jelajah perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia apabila berjaya menumpaskan Songkhla FC ketika bertandang ke arena lawan semalam. 

Ini bermakna, skuad yang memegang status sebagai juara Liga Super ini tidak tewas dalam semua 5 perlawanan persahabatan yang diatur dengan hanya bolos 1 gol membuatkan Kelantan nampak sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia untuk kali ini.

Walaupun semalam perlawanan di antara Kelantan dan Songkhla FC dari Thailand sekadar berlangsung selama 35minit akibat kegagalan lampu limpah Stadium kelab dari Thailand tersebut berfungsi namun Kelantan berjaya mencapai kemengang dengan keputusan 1-0.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh tidak lain dan tidak bukan, pemain pinjaman dari Pahang iaitu Mohd Azamuddin Akil. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...