Tuesday, August 23, 2011

Si Cempiyen Memang Power

#MuhdShamil

Perhatian, entry ini dikarang dengan penuh angkuh, sombong, bongkak dan segala yang negatif

Seperti yang korang semua tahu, semalam berlansungnya perlawanan yang dari awal lagi boleh dijangkakan keputusannya, perlawanan si Cempiyen menentang si Ayam di Old Trafford. Perlawanan berakhir dengan keputusan memihak kepada si Cempiyen dengan jaringan 3-0. Sedikit lari dari prediction aku iaitu 4-0. Tapi lantaklah.

Sehari sebelum game, 'glory-glory Spurs' kedengaran di telinga aku. Glory la kau sekarang. Ni aku nak bagi satu fakta kat budak-budak Spurs ni. Korang tau tak David De Gea, Phil Jones dan Danny Welbeck belum lagi dilahirkan ketika kali terakhir team korang beat United di Old Trafford, tak ke lama tu ?

Okay, berbalik kepada game semalam, Spurs's fans yakin bahawa team Ayam mereka akan dapat beat United kali ni. Sedar diri sikit, team korang sememangnya bangang malahan lebih bangang dari bangang itu sendiri. Sorry to say la. Not arrogant, just better.

First half diorang boleh berpuas hati lah, walaupun David De Gea nyaris-nyaris lepaskan gol tapi budak-budak pertahanan United ni bagus woi, apa korang ingat budak  macam Arsenal ke ? Budak United berkualiti, Barisan pertahanan United yang diketuai Evra sememangnya mantap yang hampir menyebabkan lutut Van Der Vart tercabut apabila percubaan demi percubaan dilepaskan tapi semuanya sia-sia. si Ayam ni kali ni bernasib baik sikit, sebab goalkeepernya bukan lagi Gomes. Brad Friedel beraksi agak baik .

Bermula babak kedua, Spurs jadi lebih bangang dan semakin tertekan, Gareth Bale lari sana sini tapi takde dapat apa-apa. Akhirnya semua tahu kenapa logo Spurs lambang Ayam sebab sememangnya mereka team Ayam apabila Welbeck menanduk masuk bola hasil hantaran Cleverley untuk gol pendahuluan Spurs. 

Cukup ke satu gol lawan Ayam ? tak cukup kan, no problem lahh, minit ke 76, Anderson pula menjaringkan gol, menari lah si Anderson tu depan camera. Tak cukup lagi ke 2 gol ? amboi, korang ni tak kesian ke kat si Ayam tu. Chicharito, Giggs dan Park Ji Sung dibawa masuk. Main punye main, bolos lagi gawang Spurs, kali ini hasil tandukan Wayne Rooney (yang jauh lebih baik dari Torres) untuk mengahkiri sisa-sisa akhir kehidupan Ayam tersebut.

Point United dengan City dah sama sekarang cuma dibezakan dengan jumlah jaringan sahaja, so, dijangka United tidak menghadapi sebarang masalah untuk memintas kedudukan City pada hari Ahad ini apabila United bakal turun mengajar budak-budak tabika pulau dusun pula. United menang 4-0 dengan Arsenal tak mustahil dalam situasi sekarang, Pak cik Wenger tengah tertekan, dah la Nasri nak keluar, Fabregas pula dah score gol pertama di Barca semalam. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...