Wednesday, August 10, 2011

Mampukah R.Surendran Bersinar ?


Seperti semua tahu, seorang lagi penyerang Pahang selepas Azamuddin Akil telah dibawa masuk ke skuad Kijang sebagai pemain pinjaman untuk saingan Piala Malaysia. Pemain tersebut ialah R.Surendran.

Namun, yang menjadi persoalan, mampukah Surendran memberikan impak buat pasukan ? atau sekadar makan gaji buta ? Beliau pernah bersama juara 32 kali, Selangor, tetapi beliau gagal bersinar, musim lepas, beliau berhijrah ke Pahang pula namun perkara yang sama berlaku.

Beliau kerap dibelenggu kecederaan, penulis ibaratkan beliau sebagai 'the next Khalid Jamlus'. Ya, penulis yakin, objektif presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membawa masuk pemain ini sekadar menjadi back-up sekiranya penyerang-penyerang lain tersisih.

Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana penulis masih belum menyaksikan sendiri aksi beliau bersama pasukan Kelantan, mana tahu, beliau mampu bersinar di Kelantan seperti pemain-pemain lain. Penulis juga berharap beliau mampu memberikan impak kepada pasukan Kelantan dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...