Thursday, June 30, 2011

Safiq Rahim Ke Indon ?


Kapten pasukan kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang sebelum ini dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan Kelantan kini dikatakan berminat untuk mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Mohd Safee Sali untuk mencuba nasib di pasukan di negara jiran, Indonesia.

Dikhabarkan Safiq Rahim sememangnya berminat untuk beraksi di sana untuk mencari pengalaman baru dan beliau selalu mengikuti perkembangan pasukan-pasukan di sana. Beliau dikatakan berminat untuk berkhidmat bersama pasukan Persib Bandung kerana beliau tahu akan nama besar pasukan itu.

Selain Persib, Persija Jakarta, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya dan Sriwijaya FC juga adalah antara pasukan yang menjadi sasaran 'wesley sneijder Malaysia' ini. "Ya, Safiq memang ingin sekali merumput di Indonesia. Dia ingin mencari pengalaman di sini. Ketertarikannya setelah mendengar banyak masukan dari Safee. Dan untuk saat ini sudah ada beberapa tim besar yang menjadi bidikannya, termasuk Persib," - agent Safiq di Indon.

Pemain berusia 24 tahun ini menjadi perancang tengah pasukan kebangsaan dan Selangor FA. Cara permainannya yang tenang dan kemampuan beliau untuk memberi motivasi kepada rakan-rakan ketika di padang membuatkan beliau diberikan kepercayaan untuk memakai lilitan kapten pasukan kebangsaan dan juga Selangor.




Sekadar Menang Tipis


Harimau Malaya sekadar menang tipis dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang pasukan yang penuh 'misteri', Taiwan. Malaysia menang dengan keputusan 2-1. Satu keputusan yang agak mengecewakan buat pasukan negara yang mempunyai banyak kelebihan.

Dalam perlawanan yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, pasukan Taiwan nampak terlibih dahulu 'settle down' dan pasukan tuan rumah nampak terpinga-pinga untuk mencari rentak. Dengan hantaran-hantaran yang tidak menjadi nyata membimbangkan Dato' K.Rajagobal.

Selepas beberapa ketika, pemain negara nampaknya baru 'ngam' dengan padang stadium sendiri apabila beberapa serangan berbahaya dilancarkan kearah kubu pertahanan Taiwan. Pasukan negara bermain 'possession football' ala Barcalona. Dengan melihat para pemain negara selesa  mengawal bola. Dato' K.Rajagobal membawa keluar pemain pertahanan muda Helmi Remeli dan membawa masuk Abdul Hadi Yahya.

Kemasukan Abdul Hadi membakar semangat pemain negara. Tidak sampai seminit selepas pertukaran tersebut, kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim berjaya memecah kebuntuan apabila sepakan lencongnya berjaya menewaskan penjaga gol Taiwan pada minit ke 28 untuk meletakkan Malaysia didepan.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus melancarkan serangan bertali arus dengan Taiwan jarang-jarang mendapat peluang, pada minit ke 58 perlawanan, pemain pertahanan kegilaan ramai, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak menggandakan gol tuan rumah apabila tandukannya berjaya membolosi gawang lawan buat kali kedua.

Selesa dengan kedudukan semasa, barisan serangan negara tampak sudah tidak bernafsu untuk memburu ketiga manakala barisan pertahanan pula sudah 'tidur lena'. Tidak lama dibuai mimpi, pemain negara dihukum apabila Taiwan berjaya mendapatkan gol pertama hasil kealpaan barisan pertahanan. Terkejut dengan gol tersebut, para wira negara cuba mengasak namun ketumpulan barisan serangan negara tampak jelas apabila hantaran demi hantaran tidak menjadi dan percubaan-percubaan yang tidak masuk akal mula dilepaskan.

Tamat perlawanan, Malaysia 2 - 1 Taiwan,  2-1 adalah keputusan yang "TAK PATUT" sebagai tuan rumah tapi patut "DENGAN SIKAP PEMAIN". Pagi tadi ketua jurulatih negara menyatakan bahawa walaupun beliau lega namun beliau kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak buahnya. Perlawanan timbal balik kedua akan berlansung pada 3 July 2011 di  Taipei Municipal Stadium, Taipei. Malaysia cuma perlu seri atau menang saja, kalah bermakna Harimau Malaya boleh ucap selamat jalan pada world cup, kalau kalah 1-0 sudah cukup untuk taiwan layak kerana kelebihan gol di tempat lawan menyebelahi taiwan. Kalau malaysia lead 1-0 taiwan wajib cari paling kurang 3 gol untuk layak kerana Malaysia ada kelebihan gol dan kelebihan gol tempat lawan 3-1. Apapun gol awal wajib dicari bukan bertahan. 





Monday, June 27, 2011

Singa Utara Dan Tok Gajah Hampir Pasti Ke Liga Perdana Musim Hadapan


Saingan Liga Super musim 2011 hampir ke penghujungnya apabila hanya berbaki 1 perlawanan sahaja untuk tiap-tiap pasukan kecuali pasukan Harimau Muda A yang mempunyai 2 lagi baki perlawanan. Jika para penyokong Kelantan sedang bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan Liga Super buat kali pertama, para penyokong pasukan Perlis dan Pahang mungkin sedang sediakan tissue.

Kenapa ? kerana pasukan kesayangan mereka hampir pasti akan turun ke Liga Perdana musim hadapan apabila dijangka akan menamatkan saingan sebagai 2 pasukan di tangga tercorot. Bagi pasukan Perlis, sudah pasti akan ke Liga Perdana Musim hadapan apabila sekadar berjaya memungut 10 mata dalam 25 perlawanan. Pasukan yang dulunya salah satu kuasa besar bola sepak tanah air ini sekadar memenangi 2 perlawanan, seri 4 kali dan tewas 19 kali.

Apa yang menarik ialah nasib pasukan Pahang. Pasukan bimbingan bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh ini memerlukan keajaiban untuk terus kekal di Liga Super untuk musim hadapan. Mereka perlu memenangi baki 1 perlawanan terakhir mereka menentang pasukan di tangga ke 4 Liga Super iaitu Kedah. Ini sudah pastinya bukanlah kerja mudah untuk pasukan Pahang kerana Kedah sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk memastikan tempat ke 4 milik mereka kerana jika mereka tewas dan pasukan Harimau Muda A menang dengan jaringan lebih dari 3, tempat ke 4 menjadi milik Harimau Muda A.

Tetapi, jika Pahang menang sekali pun mereka belum tentu dapat kekal di Liga Super musim hadapan kerana mereka perlu jasa baik pasukan Harimau Muda A untuk menewaskan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur yang sekarang berada di kedudukan ketiga tercorot pastinya tidak mahu sekadar beraksi di Liga Perdana musim hadapan dan mereka pastinya akan menghidangkan aksi terbaik tambah pula mereka mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Namun, jika Pahang tewas dan Kuala Lumpur menang, sudah pasti Pahang akan beraksi di Liga Perdana musim hadapan (Jika dikira dengan format sekarang) Pahang ke Liga Perdana ? (menulis sambil ketawa) sekali lagi, Pahang ke Liga Perdana ? Ingat musim 2010 ? Sepatunya Harimau Muda yang mendapat tempat dalam Liga Super musim lepas, dan Pahang perlu turun ke Liga Perdana, tetapi apa yang terjadi ? Bola sepak di Malaysia bak drama-drama di televison.

Penulis berharap, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak ada unsur pilih kasih dalam sukan nombor 1 di negara ini, kerana jika ini terus berlaku, sampai bila pun bola sepak negara tidak akan dapat menjadi pasukan yang digeruni seperti suatu ketika dahulu lagi. penulis Lahir di MALAYSIA, penulis membesar di MALAYSIA, penulis belajar di MALAYSIA, penulis hidup di MALAYSIA, PENULIS SOKONG PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA



Kem Keabangsaan Lega



Kem skuad Malaysia boleh menarik nafas lega apabila 2 penyerangnya, Abdul Hadi Yahya dan Norshahrul Idlan Talaha sudah pulih sepenuhnya, namun, peluang untuk Norshahrul beraksi masih samar-samar kerana beliau masih belum cergas sepenuhnya.

Bagi penyerang berbisa dari Terengganu, Abdul Hadi Yahya, nama beliau kemungkinan besar akan sekali lagi tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan negara apabila beliau yang sebelum ini tercedara selepas melepaskan rembatan semasa sesi latihan mengesahkan beliau telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk beraksi.

Ketua jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal tidak perlu pening kepala lagi kerana beliau mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan. Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani dan Baddrol Bakhtiar antara nama-nama yang boleh diturunkan untuk memperkuat jentera serangan negara.

Penulis yakin, ketua jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal sudah merencana strategi untuk menumbangkan pasukan Taiwan dalam perlawanan persahabatan pada hari rabu ini. Dengan bergitu banyak pilihan pemain, Coach Raja tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik.

Thursday, June 23, 2011

Gary Bernasib Baik


Gary Steven Robbat perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan apabila kesilapan beliau hampir membawa padah kepada pasukan dalam perlawanan di antara Malaysia menentang Lebanon di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan dengan pasukan negara menang tipis 2-1.

Dua 'foul' hasil kesilapan beliau sendiri akhirnya memakan diri apabila Gary menerima kad kuning kedua pada minit ke 52 perlawanan yang memaksa pasukan negara beraksi dengan 10 orang pemain. Dengan pasukan Lebanon yang berkelebihan seorang pemain ia bukanlah perkara kecil, tambahan pula keadaan fizikal pemain Lebanon yang lebih besar dari pemain negara.

Rakan sepasukan beliau terpaksa bertungkus-lumus menyerap asakan lawan dan tidak mempunyai peluang untuk menyerang apabila pemain di posisi striker, Shahrul Azwari terpaksa dibawa keluar untuk digantikan dengan pemain baru bagi mengisi kekosongan di posisi yang ditinggalkan Gary, sebelum Izzaq Faris Ramlan dibawa masuk pada babak akhir perlawanan.

Namun penulis tidak menyalahkan beliau sepenuhnya kerana beliau masih muda dan faktor kekurangan pengalaman juga menjadi punca kesilapan mudah seperti ini berlaku, harapan penulis agar Gary belajar dari kesilapan ini. Bagaimanapun, Gary adalah pemain yang berkualiti, dan penulis percaya beliau layak untuk beraksi di eropah kerana corak permainan beliau mirip Claude Makalele.



Lebanon Bukan Tandingan Malaysia


Skuad Olimpik Malaysia akhirnya mengesahkan tempat ke peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 selepas berjaya menewaskan pasukan yang dilabel antara pasukan pilihan, Lebanon dengan jaringan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada babak-babak awal permainan, kubu pertahanan Malaysia kerap kali diasak melalui rangkaian pemain di barisan serangan Lebanon namun barisan pertahanan negara yang diketuai Muslim Ahmad tampak tenang mengagalkan setiap asakan pemain Lebanon.

Selepas beberapa ketika, para pemain negara nampak lebih bersemangat dan melancarkan beberapa asakan. akhirnya usaha keras mereka membuahkan hasil apabila sepakan half volley dari Irfan Fazail berjaya menewaskan penjaga gol Lebanon.

Tersentap dengan gol tersebut, para pemain Lebanon terus melancarkan asakan, pemain lincah mereka Mohammad Haidar berjaya melepaskan satu sepakan kencang dari odd angle ke arah penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat tetapi Lebanon sekali lagi kecewa apabila bola sekadar terkena palang gol.

Anak buah Ong Kim Swee sedar bahawa keputusan 1-0 ialah bukan keputusan yang selesa dan mereka terus melancarkan serangan. Pada minit ke 41, Wan Zack Haikal mudah menyempurnakan lorongan cantik dari Gary Steven Robbat untuk gol kedua pasukan Malaysia.

Bersambung babak kedua, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila pemain tengah, Gary Steven Robbat menerima kad kuning kedua dan terus diarah keluar padang pada minit ke 52 perlawanan. Lebanon yang kini berkelebihan seorang pemain menggunakan sepenuhnya kelebihan tersebut untuk mengatur serangan ke arah gawang Malaysia.

Hasilnya, pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pertama apabila Chandi Atie mudah menanduk masuk bola hasil lantunan percubaan awal seorang lagi pemain Lebanon yang berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat menjadikan keputusan 2-1.

Disaat perlawanan menuju ke masa tambahan ketahanan mental dan fizikal para pemain negara terus diuji apabila Lebanon mengawal hampir keseluruhan perlawanan dengan asakan-asakan bahaya yang dilancarkan tapi terbukti bahawa para pemain muda negara bukan 'budak mentah' apabila tabah dan terus bekerjasama untuk memastikan gawang negara tidak dibolosi untuk kali kedua.

Tamat perlawanan, Malaysia berjaya menumpaskan Lebanon dengan jaringan 2-1, satu lagi sejarah telah tertulis dan Malaysia telah kembali ke peta bola sepak Asia apabila menjadi antara 12 pasukan terbaik di Asia dan yang lebih membanggakan Malaysia merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang layak ke Pusingan Akhir Kelayakan Olimpik 2012.

Sedia Bersama The Red Warriors


Dikala pasukan-pasukan lain Liga Malaysia masih sibuk mencari calon pemain import yang bakal dibawa masuk ke pasukan masing-masing, Kelantan nampaknya sudah mempunyai beberapa calon seperti Josip Bonacin, Igor Radovanovic dan yang terbaru ialah William Oluremi John

Pemain kelahiran Amerika Syarikat ini membuka pintu perpindahan ke Kelantan setelah dia menyatakan berhasrat untuk bekerja dibawah presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Pemain berusia 26 tahun ini boleh bertindak sebagai attacking midfielder dan foward, jika beliau diserap masuk ke pasukan Kelantan, ini pasti menjadi satu kelegaan kepada Dato' M.Karathu kerana beliau akan punyai lebih pilihan di barisan serangan yang akhir-akhir ini dilihat semakin tumpul selain terlalu bergantung kepada Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan gol.

Apabila penulis mengajukan soalan tentang mengapa beliau berminat untuk beraksi bersama Kelantan, ini jawapan beliau "Ur Club seems Great Ur team is Attaacking! The Club Approached My Agent! so I am only awaiting to hear something good! Malaysia Would be a fun place to Live and play"

Beliau tampak bergitu bersemangat untuk menjadi salah seorang dari keluarga besar The Red Warriors. Setelah meneliti video-video pemain ini beraksi, penulis yakin perpindahan beliau akan menjadi antara pembelian terbaik pernah dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Sudahkah anda lihat video-video tersebut ? jika belum , ia ada dibawah.

http://www.youtube.com/watch?v=n_QhfE4oTqY&feature=related

Tuesday, June 21, 2011

Jangan Terlalu Yakin , Masih Ada 90 Minit


'Jangan overconfidence , masih ada 90 minit di Bukit Jalil' itulah pesanan ketua jurulatih pasukan Olimpik Malaysia, Ong Kim Swee kepada anak buahnya.

Walalaupun keputusan yang agak baik berjaya dibawa pulang ke Kuala Lumpur apabila skuad negara berjaya mengikat Lubnan di Beirut dengan keputusan seri tanpa jaringan namun keputusan itu tidak mengesahkan kemaraan skuad negara ke peringkat seterusnya malah masih ada satu perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 jun ini.

Untuk terus mara ke peringkat seterusnya, Ong Kim Swee tiada pilihan lain selain memenangi perlawanan timbal balik di Bukit Jalil nanti. Corak permainan pantas dan menyerang nampaknya jalan terbaik buat Ong Kim Swee apabila corak bertahan tampak tidak menjadi pada perlawanan pertama di Lubnan baru-baru ini.

Nama-nama seperti Fadhli Shas , Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli antara nama yang wajar dikekalkan di barisan pertahanan manakala di barisan tengah pula, Wan Zack Haikal , Irfan Fazail dan Wan Zaharulnizam antara yang dapat meningkatkan tempo perlawanan.

 Di barisan serangan pula penyerang tinggi lampai Izzaq Faris Ramlan nampaknya memerlukan seorang lagi pemain penyerang untuk membantu beliau , Ahmad Fakri Saarani adalah antara calon terbaik untuk mengisi tempat tersebut andai beliau pulih dari kecederaan jika tidak Thamil Arasu , Shahrul Azwari dan Ferris Danial  bersedia untuk beraksi.

Sasi Kumar bangga


'Saya bangga dan gembira' itulah jawapan yang diberikan oleh penjaga gol ketiga Harimau Muda A, Sasi Kumar Kishor Kumar apabila diajukan soalan tentang perasaannya apabila pertama kali beraksi bersama pasukan negara baru-baru ini.

Katanya lagi, 'saya bangga dan gembira dapat bermain dengan pemain terbaik di malaysia, bukan semua orang dapat peluang macam ni tambah pula beraksi di depan penyokong yang begitu fanatik, berasa puas hati bila dapat main didepan penyokong yang begitu ramai tidak berganjak sedikitpun walaupun hujan'

Sasi Kumar membuat penampilan pertamanya bersama skuad negara dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan Myanmar di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan negara dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Walaupun hanya beraksi lebih kurang 5 minit sebelum perlawanan tamat, namun kehebatan beliau dapat dilihat oleh ribuan penyokong Harimau Malaya apabila Sasi Kumar berjaya menangkap kemas 2 percubaan bahaya dari barisan serangan pasukan Myanmar.

Penjaga gol yang menjadikan Ben Foster dan Farizal Marlias sebagai idolanya ini ada menyimpan hasrat untuk beraksi bersama skuad The Red Warriors untuk musim hadapan apabila kontraknya bersama pasukan Harimau Muda A akan tamat tidak lama lagi.

Namun, apabila melihatkan posisi selaku penjaga gol utama Kelantan bergitu kukuh di tangan Khairul Fahmi Che Mat, beliau terpaksa melupakan hasratnya itu kerana beliau merasakan dirinya perlu berada dalam pasukan yang beliau akan dapat jadi regular player, 'saya pun tak nak jadi reserve, untuk kebaikan masa depan saya supaya dapat call up for national team pada masa akan datang saya perlu cari team yang saya boleh main 1st'


Monday, June 20, 2011

Lebanon kena ikat


Skuad Olimpik negara yang diketuai penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat skuad Olimpik Lubnan 0-0 di Stadium Sport City, Beirut, semalam. Walaupun misi awal ketua jurulatih negara, Ong Kim Swee adalah untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 gol untuk pertemuan di Kuala Lumpur nanti.

Dalam perlawanan semalam, permainan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah pada awal babak pertama dan pemain-pemain negara dilihat agak takut untuk mengawal bola. Banyak hantaran-hantaran dari pemain negara tidak menjadi dan pasukan tuan rumah menggunakan sepenuhnya kesilapan yang dilakukan oleh pemain Malaysia untuk melancarkan serangan.

Namun, barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Mohd Muslim Ahmad, tenang mengawal keadaan. Selepas beberapa ketika, para pemain Malaysia dilihat baru mendapat rentak sebenar mereka, peluang demi peluang dicipta namun gagal disudahkan oleh barisan serangan. Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan yang diletakkan selaku penyerang tunggal banyak kali mendapat peluang namun gagal meloloskan diri daripada barisan pertahanan Lubnan.

Bersambung babak kedua, peluang demi peluang dicipta oleh kedua-dua pasukan, namun, tiada satu pun yang berjaya menerjah ke gawang. Jika pada babak pertama, anak buah Ong Kim Swee bermain secara bertahan, sekarang permainan menyerang pula dipamerkan, namun segalanya tidak menjadi apabila tiada jaringan yang dapat dilakukan.

Tamat perlawanan, Malaysia 0, Lubnan 0. Perlawanan terpaksa ditentukan di Kuala Lumpur pada 23 jun ini. Blog Shamil10 memilih Wan Zack Haikal sebagai pemain terbaik perlawanan.

Friday, June 17, 2011

Preview Perlawanan : Malaysia lwn Myanmar


Credit to Epick Pique

Penjaga gol :
Di posisi penjaga gol , Mohd Sharbinne Allawee Ramli dijangka akan mengisi kekesongan yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi Che Mat yang bersama skuad Olimpik negara. Manakala penjaga gol tinggi lampai yang beraksi salaku penjaga gol nombor 3 pasukan Harimau Muda A, Kishok Sasikumar dijangka sekadar memanaskan bangku simpanan.

Credit to Epick Pique
Pertahanan :
Di posisi pertahanan pula, pemain pertahanan kental Kelantan, Mohd Farisham Ismail dijangka akan melakukan 1st debut beliau bersama skuad kebangsaan malam esok dibantu Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak di posisi pertahanan tengah, di posisi pertahanan kiri pula, Mohd Asraruddin Putra Omar dijangka akan beraksi manakala Mohd Helmi Remeli akan beraksi di posisi pertahanan kanan.

Credit to Epick Pique
Tengah :
'Xabi Alonso Malaysia' , Mohd Shakir Shaari juga dijangka akan melakukan 1st debut bersama skuad kebangsaan selaku centre midfielder manakala ketua pasukan negara, Mohd Safiq Rahim akan beraksi sebagai 'attacking midfielder' dan dibantu oleh Amirul Hadi Zainal dan S.Kunalan di posisi sayap kiri dan kanan.

Credit to Epick Pique
Serangan :
Di posisi serangan, ketua jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal dijangka akan menggunakan seorang penyerang sahaja. Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya dijangka akan diturunkan sebagai penyerang tunggal kerana khidmat Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat digunakan kerana kecederaan yang dialamami beliau. Manakala pemain prolifik Kedah, Baddrol Bakhtiar akan turun sebagai backup striker membantu Abdul Hadi merobek gawang Myanmar.









Preview awang import untuk Super Warriors musim hadapan?


Disaat saingan Liga Super hampir sampai ke penghujungnya , Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) nampaknya sudah mempunyai calon-calon pemain import untuk mengisi quota 3 pemain bagi memantapkan pasukan untuk menempuhi musim hadapan yang pastinya lebih mencabar buat The Red Warriors.

Para penyokong sang kijang mula tertanya-tanya siapakah nama-nama pemain tersebut, baru sebentar tadi presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) , Tan Sri Annuar Musa mengumumkan 3 daripada 5 calon pemain tersebut.

3 nama tersebut ialah Josip Bonacin , pemain pertahanan berumur 27 tahun dan berasal dari Crotia, selain itu, Obinna Nwaneri juga turut tersenarai , beliau juga merupakan pemain di posisi pertahanan dan berumur 29 tahun, beliau berasal dari Nigeria manakala nama yang terakhir adalah Igor Radovanovic pemain yang berumur 25 tahun dan beraksi di posisi serangan. 

Ketiga-tiga pemain ini dijangka akan beraksi bersama The Red Warriors dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Pelita Jaya dari Indonesia pada 2 july nanti di Stadium Sultan Muhammad IV. Disana, para pemain ini akan dinilai kemampuan mereka oleh ketua jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu. 

Penulis yakin, mereka dapat menunjukkan aksi mantap dalam perlawanan persahabatan itu nanti kerana mereka bukan calang-calang . Untuk mendapatkan info-info lebih lanjut tentang ketiga-tiga pemain ini, anda boleh lawati link-link yang disediakan dibawah :











Thursday, June 16, 2011

Aris sudah bersedia


" Saya sudah bersedia " itu lah kenyakinan yang disuarakan oleh pemain yang baru berusia 20 tahun , Mohamad Aris Zaidi. Beliau yang sekarang beraksi untuk pasukan piala presiden Kelantan menyuarakan keyakinan itu apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan mengumumkan bahawa akan ada 3 orang nama baru dari skuad piala presiden yang akan dinaikkan pangkat untuk bersama skuad senior menjelang saingan Piala Malaysia nanti.

Aris Zaidi merupakan antara 'hot prospect' yang dimiliki Kelantan. Naluri pembunuh Aris Zaidi di depan pintu gol merupakan salah satu punca beliau disegani oleh lawan. Menjadikan Hashim Mustapha, Fernando Torres dan Lionel Messi selaku idola, penyerang yang sinonim dengan jersi Merah Putih bernombor 12 mahu dikenali selaku antara pemain yang sedang meningkat naik dalam arena bola sepak Negara.



Prestasi yang cukup mantap beliau dalam saingan Piala Presiden musim ini pastinya menarik perhatian jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu untuk menyenaraikan pemain itu sebagai penyerang skuad senior Kelantan dalam saingan Piala Malaysia nanti , selain usia pemain itu yang baru mencecah 20 tahun.

Dengan usianya yang masih muda pastinya memberi advantage kepada Kelantan untuk membentuk Aris Zaidi sebagai pemain yang cukup hebat seperti Norshahrul , Safee Sali dan Abdul Hadi. Penulis juga yakin dengan kehadiran Aris Zaidi dalam skuad senior Kelantan pastinya akan menambahkan sengat di barisan serangan Kelantan yang dilihat agak kurang berbisa sejak kebelakangan ini.





Wednesday, June 15, 2011

Tidak bertamadun

Klik untuk besarkan


Tengah belek-belek berita-berita di Facebook terbaca terjumpa 1 gambar yang agak mengejutkan. Page yang bertajuk ' I FUCK Kelantan' telah dibuka oleh seorang insan yang kurang iman . 


Perkara yang berlaku menunjukkan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan di kalangan manusia. Hukuman undang-undang sendiri dilaksanakan oleh manusia-manusia yang tak bertamadun. Yang mempermainkan maruah negeri sehina binatang. 

Melihat gambar tersebut memang cukup terperanjat melihatkan betapa kebuasan manusia yang semakin hilang perasaan takut terhadap dosa. Apakah mereka sudah tiada nilai-niali yang murni yang diterapkan ?

Perkara tersebut membawa banyak implikasinya. Ianya bukan setakat memalukan negeri tersebut tetapi memberikan imej yang buruk terhadap negara , bangsa , agama. Mungkin mereka merasakan ianya hal mereka tetapi dengan tersebarnya hal ini ianya menjadi masalah negara.


 Bayangkan berapa ramai penonton melihatnya di internet, bukan sekadar orang Malaysia melihatnya tetapi seluruh dunia. Apa pandangan mereka terhadap negara kita yang diwar-warkan menuju negara maju 2020 sekiranya masih terdapat manusia yang bersifat seperti hidup di zaman batu. Imej negara sedikit sebanyak tercalar dengan perbuatan mereka ni.

Pada pendapat penulis, pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sewajarnya. Malahan hukuman belum tentu mampu membasuh kekotoran yang ditanggung oleh negeri tersebut.  Dengan tersebarnya di laman-laman sosial pasti telah menjadi isu yang berat. 

Tuesday, June 14, 2011

'Mail Keeper' Tak Suka Lihat Tendangan Penalti


Ismail Chawalit Abu Bakar atau nama glamournya 'Mail Keeper' yang bertugas sebagai jurulatih penjaga gol untuk pasukan Kelantan tidak gemar melihat tendangan penalti diambil , itu yang penulis dapat rumuskan berdasarkan pemerhatian penulis.

Setiap kali pasukan Kelantan dihadiahkan sepakan penalti , Ismail akan terus menoleh ke arah belakang dan menunggu sehingga sepakan tersebut disempurnakan , kenapa ? penulis pun tidak tahu , mungkin akibat debaran. Ya la , beliaukan merupakan seorang jurulatih penjaga gol sudah semestinya beliau akan berdebar.

Jika ingin tahu kenapa , tunggu , jika ada peluang , penulis akan bertanyakan sendiri kepada tuan punya badan , namun yang penting , Ismail sudah melahirkan beberapa orang penjaga gol yang boleh dikelaskan antara yang terbaik di Malaysia seperti Khairul Fahmi Che Mat dan juga Mohd Shahrizan Ismail.

1-0 Sudah Memadai

Kemenangan tipis Kelantan ke atas Perak sudah cukup untuk mengembalikan senyuman dibibir para penyokong The Red Warriors yang kecewa selepas pasukan kesayangan mereka tewas mengejut di tangan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Fa baru-baru ini.


Perlawanan yang pada mulanya hambar menjadi hangat apabila kedua-dua pasukan mula mengatur serangan demi serangan. Jentera serangan pasukan Perak yang diketuai oleh bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli nyata garang dengan asakan-asakan yang berbahaya diatur.


Bagi pasukan tuan rumah pula, barisan serangan yang diketuai oleh penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha sambil dibantu oleh Nurul Azwan Roya , Mohd Izuan Salahuddin dan S.Chanturu juga garang apabila deretan peluang dicipta namun segalanya sia-sia.


Namun , sebelum tamat babak pertama perlawanan , sang kijang dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain pertahanan Perak mengasari pemain Kelantan , namun , Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan tersebut apabila penjaga gol negara , Nasril Nourdin berjaya menyelamatkannya.


Bersambung babak kedua , tuan rumah nampak lebih bernafsu untuk mendapatkan jaringan , Kelantan terus mengatur serangan ke arah kubu pertahanan Perak , akhirnya , Kelantan berjaya memecah kebuntuan apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol tunggal perlawanan apabila tenang menyempurnakan hantaran cantik daripada Daudsu Jamaluddin.


Selepas itu , Perak kelihatan seperti sudah hilang semangat , peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh Kelantan untuk mencari gol kedua , namun nyata barisan serangan pasukan Kelantan masih tumpul. Tamat perlawanan , Kelantan 1 Perak 0 , Kelantan terus berada di puncak liga.


Sementara pencabar terdekat , Terengganu menang keatas pasukan 'adik' mereka , T-team dengan jaringan 3-2 dan Selangor pula menang tipis keatas FELDA United dengan jaringan 2-1 , kini , Kelantan di landasan terbaik untuk menjulang trofi Liga Super buat julung kalinya , hanya 1 mata sahaja lagi yang diperlukan oleh The Red Warriors untuk mengesahkan tempat selaku juara Liga Super 2011.

'Abe Ya' Kembali ?


Nama B.Sathianathan atau lebih mesra dengan gelaran Abe Ya tidak asing lagi dalam arena bola sepak negara dan di Kelantan. Siapa tak ingat beliau ? jurulatih pertama yang berjaya membawa The Red Warriors menjadi juara Piala Malaysia buat julung kalinya.

Namun , disaat beliau menjadi 'The Special One' di Kelantan, beliau terpaksa disisihkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk menggantung beliau selama 6 bulan, sejak daripada itu, tugas beliau diambilalih oleh jurulatih berpengalaman yang pernah membimbing pasukan Kelantan suatu ketika dahulu , Dato' M.Karathu.

Selepas Kelantan tumbang di perlawanan akhir Piala FA di tangan Terengganu baru-baru ini, para penyokong Kelantan bagai sudah hilang kepercayaan kepada Dato' M.Karathu dan mendesak supaya jawatan itu dikembalikan kepada B.Sathianathan yang akan tamat tempoh penggantungannya tidak lama lagi.

Dibawah disertakan beberapa faktor mengapa para penyokong mendesak Dato' M.Karathu digugurkan :

1 - Beliau tidak berapa arif dalam aspek penilaian dan pemilihan pemain untuk kesebelasan utama.
2 - Selalu menggunakan taktikal yang sama dalam perlawanan walaupun menghadapi lawan yang sama , ini membolehkan pihak lawan membaca corak permainan Kelantan.
3 - Tidak berani mengambil risiko untuk membuat pertukaran.
4 - Selalu menggunakan pemain simpanan sekadar untuk melengahkan masa.
5 - Tahap disiplin kurang

Apa komen anda ? wajarkah ? 

Penulis setuju dengan faktor-faktor tersebut , tapi tidak terlalu awalkah penyokong menilai kredibiliti beliau ? Kelantan pernah menjadi naib juara Piala Fa dan Piala Malaysia semasa dibawah bimbingan Sathia. Dato' Karathu sendiri juga pernah memberitahu kepada penulis bahawa " I come here to teach and achieve success. Success is not instance example Man City.Target top three and if can win trophy it will be great." 

Namun , semuanya terletak di tangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membuat keputusan , penulis hanya berharap agar KAFA tidak tersalah langkah , buat keputusan dengan berhati - hati , jangan terlalu gopoh , Gomo Kelate Gomo !



Monday, June 13, 2011

Misi Mesti Menang !


Tiada jalan lain buat anak buah Dato' M.Karathu selain menang dalam perlawanan esok menentang Perak sekiranya mahu terus mengunguli takhta liga hingga ke perlawanan terakhir Liga Super sekaligus menjadi Juara baru Liga Super.

Dato' M.Karathu hanya mampu mengharapkan kebangkitan barisan pemainnya untuk memberi aksi terbaik pada pertemuan esok dan melupakan kekecewaan tumpas kepada Terengganu dalam saingan akhir Piala FA baru-baru ini.

Dijangka kelibat penjaga gol berpengalaman Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail akan sekali lagi dapat disaksikan oleh para penyokong Kelantan apabila posisi selaku penjaga gol hampir pasti diisi oleh beliau dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang telah berlepas ke Qatar pada 12/6 untuk bersama pasukan Olimpik negara.

Namun, skuad Kelantan dijangka berhadapan misi yang agak sukar kerana Perak bukan calang - calang , mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman dan bertambah sukar buat Kelantan selepas kekecewaan tewas di perlawanan akhir Piala FA masih lagi terbayang dalam ingatan para pemain.

Hanya sokongan padu para penyokong sahaja dapat menaikan kembali semangat para pemain Kelantan untuk mengharungi perlawanan yang akan berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok. Kelantan hanya memerlukan 4 mata sahaja lagi untuk mengesahkan tempat selaku juara baru Liga Super.



Sunday, June 12, 2011

Memalukan !

Tak nak ulas panjang , penulis tumpang malu 

Gelagat segelintir penyokong negeri SERAMBI MEKAH , mungkin juga ini salah satu punca Kelantan tewas , ini bukan salah sesiapa , mentaliti mereka ini harus dibetulkan . Cukup lah , korang tengok je.

Credit : Mohd Adlan
1) Bukan ke aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut ? tutup aurat ke tu ?
2) Bendera negeri buat alas punggung ? 



1) apa nk kata ? 


1) bendera negeri tu agak menghinakan bila di alaskan di punggung

2) aurat
3) culture shock



bala-bala~




Apa Salah Daudsu ?

Edit gambar pandai pulak , pikir tak pandai
Kepada yang belum lihat gol tersebut , anda boleh lihat disini :



Penulis tak mahu ulas panjang pasala hal ini , sebab bagi penulis , itulah yang terbaik Daudsu boleh buat pada ketika itu , ada yang kata 'kenapa dia tak buang dengan kaki ?' cakap memang senang , cuba teliti segala aspek. Tekanan dari belakang oleh 2 pemain Terengganu dan Daudsu tidak mempunyai 1 saat pun waktu untuk berfikir cara untuk menyelamatkan pintu gol Kelantan. Itu yang TERBAIK ! 

Ketua jurulatih Kelantan sendiri ada mengeluarkan kenyataan "Dear Fans, Daudsu was fantastic throughout the game. He handled Ashari of Trengganu welll until the last injury time own goal . The fighting spirit dropped to zero because it happened 30 second before time. 8 minits of injury time. We have to play 30 minits extra time under such situation. What a tragic situation the team has to face." Penulis tidak sedikit pun menyalahkan Daudsu atas kekalahan semalam.


Apa dia boleh buat selain cuba tanduk keluarkan bola tu ?


Anda kenal Carles Puyol ? mesti kenal kan ? pemain pertahanan pasukan terbaik dunia , Barcalona. Pemain yang menduduki tempat ke 48 dalam carta pemain yang mendapat gaji termahal. Beliau juga pernah menjaring gol sendiri ! tak percaya ? tengok video dibawah 



Ni ada lagi , kenal John Terry ? Kapten Chelsea , dia pun ada jaring gol sendiri beb ! tengok video ni 




Jom lihat page-page di Facebook tentang Daudsu :

Apapun , layan lagu ni dulu , hehe 





Kijang Hampa , Penyu Gembira



Puluhan ribu penyokong The Red Warriors pulang hampa apabila pasukan kesayangan mereka tumpas 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA yang penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Beraksi di hadapan kira-kira 65 ribu penyokong sendiri, sang kijang nampak gugup apabila asakan demi asakan dilancarkan oleh pasukan Terengganu pada awal babak permainan, namun Kelantan tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri. Serangan demi serangan dilancarkan melalui rangkaian penyerang Kelantan yang diketuai oleh Norshahrul Idlan Talaha.

Pasukan Terengganu juga tidak kurang hebatnya apabila beberapa serangan yang dilakukan hampir membuahkan hasil, namun tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, corak permainan laju yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membuatkan penyokong masing - masing tidak sedap duduk apabila 'counter attack' yang berbahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Credit : Mohd Adlan

 Pada minit ke 78, Stadium Nasional Bukit Jalil bergegar dengan sorakan para penyokong The Red Warriors apabila pemain 'lipas kudung', Nurul Azwan Roya menjaringkan gol pertama perlawanan. Tersentap dengan gol tersebut, sang penyu menggandakan asakan ke arah kubu Kelantan namun semuanya sia-sia.

Dikala semua penyokong Kelantan tampak sudah dibuai mimpi menjulang trofi Piala FA, pemain pertahanan kanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin  menanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke 99 perlawanan, 8 saat sebelum tamat. Para penyokong Kelantan bagaikan tidak percaya, terdiam serta merta sementara penyokong Terengganu terus berpesta.



Perlawanan yang diheretkan ke masa tambahan akhirnya tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Terengganu. Gol kemenganan dijaringkan oleh pemain gantiaa, Nordin Alias pada babak kedua masa tambahan. 

Keputusan Akhir :
Terengganu [2] - [1] Kelantan

Pemain terbaik pilihan Shamil10 :
Terengganu : Ashaari Samsuddin
Kelantan : Nurul Azwan Roya

Thursday, June 9, 2011

Tiada Cuti Umum

Ringkas :


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengisytiharkan cuti sekiranya Kelantan memenangi Piala FA, Sabtu ini. 

Penulis tidak tahu kenapa, namun jika cuti umum tidak diisytiharkan maka ianya serba sedikit akan menyusahkan para penyokong Kelantan yang bekerja. Sempat ke mereka nak pulang ? macam mana pelajar sekolah ? tapi penulis tidak ingin membesarkan hal ini kerana kerajaan negeri pasti ada sebab tersendiri kenapa mengambil keputusan ini.

'Jangan Buat Kecoh'

Ringkas :



'Jangan buat kecoh' itu lah pesanan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada para penyokong The Red Warriors yang akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (sabtu) untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2011 diantara Kelantn dan Terengganu.


“Saya minta seluruh rakyat Kelantan dan juga pemain menjaga tingkah laku mereka. Tidak perlu bersorak-sorak (melampaui batasan) dan bermain mercun. Jagalah imej Kelantan sebagai Serambi Mekah,” katanya. 

Penyerang FELDA United bakal sarung jersi Kelantan ?

Walaupun masih terlalu awal untuk membincangkan tentang perpindahan pemain Liga Malaysia namun bagi para penyokong Kelantan berita tentang penghijrahan pemain sudah menjadi topik hangat. Terbaru, penulis mendapat berita mengatakan bahawa seorang penyerang pasukan FELDA United bakal beraksi bersama The Red Warriors musim hadapan. Betulkah ?


Menurut sumber, pemain itu sendiri telah mengakui telah menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan untuk musim hadapan, namun penulis merasakan, jika benar sekalipun beliau akan bersama Kelantan, hanya MOU ( Memorendum of understanding) yang ditandatangani dan bukannya kontrak.


Namun, ini semua sekadar 'rumours' atau khabar angin yang masih belum dapat dipastikan kesahihannya, sekadar untuk menghangatkan lagi arena bola sepak negara, jika benar, penulis mengucapkan selamat datang ke bumi Kelantan.


Berikut adalah senarai pemain di posisi penyerang bagi pasukan FELDA United :


Liew Kit Kong 
(pemain tengah yang boleh beraksi sebagai penyerang)

Yang mana satu ? tunggu dan lihat.

Apa nak jadi ?

Untuk posting kali ni, penulis tidak mahu mengulas panjang, dah banyak posting yang berkaitan RASUAH bola sepak ni. Kini ia sudah mula menjadi perkara yang merisaukan. episod hitam bola sepak negara 1995 bakal berulang ? atau lebih teruk ? bagi penulis, perkara ini harus dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab demi menjaga maruah negara.


Antara keratan akhbar terbaru :






Apapun , jom kita layan lagu ni :





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...