Wednesday, June 1, 2011

Mat Cah Sedia Jadi Wira

Khairul Fahmi Che Mat


Kelantan yang akan turun ke gelanggang lawan untuk perlawanan yang boleh dikatakan antara perlawanan terpenting musim ini turun tempang tanpa penjaga gol utama, Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat. Ini kerana Apek terpaksa memikul tanggungjawab sebagai penjaga gol utama skuad Olimpik negara.

Shahrizan Ismail


Aksi penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail atau lebih mesra dipanggil Mat Cah dijangka akan dapat disaksikan oleh para penyokong Kelantan dalam perlawanan Liga Super di antara Kelantan dan Terengganu pada 6 haribulan 6 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mat Cah yang terkenal sebagai pakar penyelamat sepakan penalti dijangka menjadi pilihan utama ketua jurulatih Kelantan, Dato M.Karathu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi. Penulis yakin para penyokong The Red Warriors tidak meragui kebolehan Mat Cah setelah beliau telah banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan dan menjadi wira sang kijang suatu ketika dahulu.

norhadi ubaidilah 
Penjaga gol ketiga Kelantan, Norhadi Ubaidilah juga dilihat menjadi pilihan utama Dato M.Karathu untuk memanaskan bangku simpanan dalam perlawanan menentang Terengganu ini selepas penjaga gol veteran, Halim Napi terpaksa diketepikan mungkin kerana faktor usia yang sudah menjangkau usia 40 tahun.

Kelibat Norhadi jarang dilihat kerana mungkin kerana usia beliau yang masih muda, namun berdasarkan pemerhatian penulis dalam sesi latihan, Norhadi mempunyai potensi untuk mewarisi kehebatan penjaga gol-penjaga gol Kelantan seperti Halim Napi, Shahrizan dan juga Khairul Fahmi.

Selain Apek, pemain pertahanan kanan Kelantan, Zairul Fitree juga terlepas aksi di Kuala Terengganu, namun, kem sang kijang lega apabila 3 tonggak utama yang mewakili negara iaitu Norshahrul, Chanturu dan Farisham akan dapat bersama pasukan. Namun buat pasukan sang penyu, kehilangan Ashaari Samsuddin pasti akan dirasai, Ashaari terlepas aksi 6 haribulan ini akibat penggantungan perlawanan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...