Monday, June 27, 2011

Kem Keabangsaan Lega



Kem skuad Malaysia boleh menarik nafas lega apabila 2 penyerangnya, Abdul Hadi Yahya dan Norshahrul Idlan Talaha sudah pulih sepenuhnya, namun, peluang untuk Norshahrul beraksi masih samar-samar kerana beliau masih belum cergas sepenuhnya.

Bagi penyerang berbisa dari Terengganu, Abdul Hadi Yahya, nama beliau kemungkinan besar akan sekali lagi tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan negara apabila beliau yang sebelum ini tercedara selepas melepaskan rembatan semasa sesi latihan mengesahkan beliau telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk beraksi.

Ketua jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal tidak perlu pening kepala lagi kerana beliau mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan. Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani dan Baddrol Bakhtiar antara nama-nama yang boleh diturunkan untuk memperkuat jentera serangan negara.

Penulis yakin, ketua jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal sudah merencana strategi untuk menumbangkan pasukan Taiwan dalam perlawanan persahabatan pada hari rabu ini. Dengan bergitu banyak pilihan pemain, Coach Raja tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...