Monday, June 20, 2011

Lebanon kena ikat


Skuad Olimpik negara yang diketuai penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat skuad Olimpik Lubnan 0-0 di Stadium Sport City, Beirut, semalam. Walaupun misi awal ketua jurulatih negara, Ong Kim Swee adalah untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 gol untuk pertemuan di Kuala Lumpur nanti.

Dalam perlawanan semalam, permainan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah pada awal babak pertama dan pemain-pemain negara dilihat agak takut untuk mengawal bola. Banyak hantaran-hantaran dari pemain negara tidak menjadi dan pasukan tuan rumah menggunakan sepenuhnya kesilapan yang dilakukan oleh pemain Malaysia untuk melancarkan serangan.

Namun, barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Mohd Muslim Ahmad, tenang mengawal keadaan. Selepas beberapa ketika, para pemain Malaysia dilihat baru mendapat rentak sebenar mereka, peluang demi peluang dicipta namun gagal disudahkan oleh barisan serangan. Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan yang diletakkan selaku penyerang tunggal banyak kali mendapat peluang namun gagal meloloskan diri daripada barisan pertahanan Lubnan.

Bersambung babak kedua, peluang demi peluang dicipta oleh kedua-dua pasukan, namun, tiada satu pun yang berjaya menerjah ke gawang. Jika pada babak pertama, anak buah Ong Kim Swee bermain secara bertahan, sekarang permainan menyerang pula dipamerkan, namun segalanya tidak menjadi apabila tiada jaringan yang dapat dilakukan.

Tamat perlawanan, Malaysia 0, Lubnan 0. Perlawanan terpaksa ditentukan di Kuala Lumpur pada 23 jun ini. Blog Shamil10 memilih Wan Zack Haikal sebagai pemain terbaik perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...