Monday, June 27, 2011

Singa Utara Dan Tok Gajah Hampir Pasti Ke Liga Perdana Musim Hadapan


Saingan Liga Super musim 2011 hampir ke penghujungnya apabila hanya berbaki 1 perlawanan sahaja untuk tiap-tiap pasukan kecuali pasukan Harimau Muda A yang mempunyai 2 lagi baki perlawanan. Jika para penyokong Kelantan sedang bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan Liga Super buat kali pertama, para penyokong pasukan Perlis dan Pahang mungkin sedang sediakan tissue.

Kenapa ? kerana pasukan kesayangan mereka hampir pasti akan turun ke Liga Perdana musim hadapan apabila dijangka akan menamatkan saingan sebagai 2 pasukan di tangga tercorot. Bagi pasukan Perlis, sudah pasti akan ke Liga Perdana Musim hadapan apabila sekadar berjaya memungut 10 mata dalam 25 perlawanan. Pasukan yang dulunya salah satu kuasa besar bola sepak tanah air ini sekadar memenangi 2 perlawanan, seri 4 kali dan tewas 19 kali.

Apa yang menarik ialah nasib pasukan Pahang. Pasukan bimbingan bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh ini memerlukan keajaiban untuk terus kekal di Liga Super untuk musim hadapan. Mereka perlu memenangi baki 1 perlawanan terakhir mereka menentang pasukan di tangga ke 4 Liga Super iaitu Kedah. Ini sudah pastinya bukanlah kerja mudah untuk pasukan Pahang kerana Kedah sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk memastikan tempat ke 4 milik mereka kerana jika mereka tewas dan pasukan Harimau Muda A menang dengan jaringan lebih dari 3, tempat ke 4 menjadi milik Harimau Muda A.

Tetapi, jika Pahang menang sekali pun mereka belum tentu dapat kekal di Liga Super musim hadapan kerana mereka perlu jasa baik pasukan Harimau Muda A untuk menewaskan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur yang sekarang berada di kedudukan ketiga tercorot pastinya tidak mahu sekadar beraksi di Liga Perdana musim hadapan dan mereka pastinya akan menghidangkan aksi terbaik tambah pula mereka mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Namun, jika Pahang tewas dan Kuala Lumpur menang, sudah pasti Pahang akan beraksi di Liga Perdana musim hadapan (Jika dikira dengan format sekarang) Pahang ke Liga Perdana ? (menulis sambil ketawa) sekali lagi, Pahang ke Liga Perdana ? Ingat musim 2010 ? Sepatunya Harimau Muda yang mendapat tempat dalam Liga Super musim lepas, dan Pahang perlu turun ke Liga Perdana, tetapi apa yang terjadi ? Bola sepak di Malaysia bak drama-drama di televison.

Penulis berharap, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak ada unsur pilih kasih dalam sukan nombor 1 di negara ini, kerana jika ini terus berlaku, sampai bila pun bola sepak negara tidak akan dapat menjadi pasukan yang digeruni seperti suatu ketika dahulu lagi. penulis Lahir di MALAYSIA, penulis membesar di MALAYSIA, penulis belajar di MALAYSIA, penulis hidup di MALAYSIA, PENULIS SOKONG PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...