Sunday, August 5, 2012

Baddrol Dalam Radar ?


Dengar khabarnya Baddrol Bakhtiar akan sign dengan The Red Warriors musim hadapan. Betul ka ? sila usya di sini : http://theskipper10.blogspot.com/2012/08/transfer-target-baddrol-bakhtiar.html

Wednesday, May 23, 2012

Re-branding of Shamil10

Sukacita dimaklumkan bahawa blog Shamil10 telah melalui satu proses "re-branding" atau penjenamaan semula, kami kini telah berpindah kepada blog baru iaitu TheSkipper yang bukan sahaja membincangkan tentang isu bolasepak Kelantan dan Malaysia malah bolasepak seluruh dunia tidak kira preview game, analisis taktikal mahupun rumours terbaru. Sila kunjungi blog baru kami di TheSkipper10 - Tiada "fancy design" - ini utk memudahkan para pengunjung supaya anda tidak perlu menunggu lama untuk page loading. Sekian

Friday, March 2, 2012

The Tactical : Kelantan Vs Negeri Sembilan


Kemungkinan formation yang akan digunakan oleh kedua-dua jurulatih adalah formation biasa iaitu 4-4-2. Kelantan dibawah head coach baru - Bojan Hodak manakala Negeri Sembilan dibawah bimbingan 'the tactical master' Azraai Khor Abdullah.

Cara Negeri Sembilan menyerang : 
1) Kelebihan physical penyerang import mereka, Effa Owana. 
2) Kelajuan dua flanker mereka - Shahurain dan Kunanlan
3) Pergelutan bola udara. Cth : sepakan percuma, sepakan penjuru dan crossing melalui kelebihan pemain mereka seperti Effa, Mahathevan, Fabrak dan juga Idris Karim.

Untuk point pertama, seperti yang dapat disaksikan dalam perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari, 2 gol daripada Effa Owana terhasil daripada kelebihan fizikalnya,  untuk pertembungan kali ini, method man marking seharusnya diterapkan oleh Bojan Hodak dimana memberi tugas man-mark Effa kepada Obinna yang bentuk fizikalnya lebih kurang sama.

Di point kedua, faktor kelajuan Shahurain dan Kunanlan boleh diatasi dengan adanya 2 winger yang boleh versatile seperti Norfarhan yang bagus dalam menyerang dan bertahan. Di sebelah kiri, dijangka tiada banyak masalah dihadapi untuk menyekat Kunanlan dimana disitu adanya Daudsu dan Norfarhan.

Di sebelah kiri dilihat sedikit terbuka dimana dengan ketiadaan Aziz Ismail yang cedera. Zairul Fitree harus sentiasa peka dengan pergerakan Shahurain yang lebih cenderung untuk drift-in ke dalam. Hal ini juga membolehkan salah seorang center back untuk membantu dan Nurul Azwan Roya tidak perlu untuk turun membantu kerana beliau bukanlah pemain yang baik dalam aspek bertahan.

Point ketiga, pergelutan bola udara, dalam hal ini, pemain-pemain Kelantan perlu lebih aggresif sambil berhati-hati, jangan memberi terlalu banyak ruang kepada pemain-pemain Negeri Sembilan yang mempunyai kelebihan  di udara untuk berlegar semasa set pieces diambil. Tumpuan pastinya terarah kepada pergelutan diantara Obinna dan Effa.




Thursday, February 16, 2012

AAC : The Tactical - Vs Sarawak

*AAC stand for Andai Aku Coach, hehe


Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV esok untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala FA 2012.Untuk ulasan taktikal kali ini, penulis hanya menulis berdasarkan apa yang bermain di fikiran penulis sendiri.

Kesebelasan Utama  (Formasi 4-4-2)

Khairul Fahmi

Daudsu - Obinna - Subra - Aziz

Norfarhan - Piya - Shakir - Azwan Roya

Matyo

Indra

Khairul Fahmi secara ringkasnya merupakan penjaga gol terbaik di Malaysia ketika ini, manakala gandingan antara Subra dan Obinna tampak gagah untuk mematahkan segala serangan lawan. Daudsu dan Aziz pula cenderung menyerang, typical fullback.

Bermain dengan hanya dua pemain tengah memerlukan kombinasi passer - destroyer. Shakir (juga destroyer) dan Piya merupakan ball passer iaitu pemain yang tenang merancang game sementara Khairul Izuan Rosli, Indra dan Azwan Roya juga mampu beraksi di posisi tengah selaku ball passer.

Obinna dan Rizal pula mampu beraksi selaku destroyer namun Rizal dilihat agak kekok bila diletakkan di bahagian tengah kerana posisi asal beliau adalah pertahanan tengah. Jadi, penulis memilih gandingan Piya - Shakir kerana lawan bukan lah pasukan yang gemar bermain secara defensive, maka disini Shakir perlu memainkan peranan penting.

Dalam formasi 4-4-2, kedua-dua winger selalunya pair antara crosser dan dribbler. Kombinasi ini penting untuk dalam bahagian tengah dengan dribbler lebih cenderung untuk drift in berbanding crosser. Norfarhan dan Chanturu adalah natural old-school winger yang bermain di sekitar garisan tepi padang manakala Azwan Roya dan Indra kedua-duanya lebih kepada dribbler walaupun mampu membuat crossing.

Di bahagian serangan, Norshahrul akan bermain selaku second striker yang bebas menerima bola dan merancang serangan. Beliau akan bermain di belakang striker utama iaitu Indra yang lebih kepada seorang targetman.




Thursday, February 9, 2012

Preview : East Coast Derby


Pertemuan diantara Kelantan dan Terengganu malam esok di Stadium Sultan Muhammad IV bakal menemukan dua gergasi bolasepak Malaysia yang dahagakan kemenangan dalam usaha untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Perak.

Kelantan yang hampir dikecewakan Sabah pasti ingin bangkit di laman sendiri, manakala Terengganu juga yang sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan PKNS pasti tidak rela dinodai di SSMIV kali ini. Peter James Butler dan Mat Zan Mat Aris perlu bersedia sebaik mungkin.

Possible Line-up (Kelantan)

Khairul Fahmi Che Mat tanpa ragu bakal terus berada di benteng terakhir Kelantan, ketangkasan beliau amat ditagih kerana barisan pertahanan Kelantan bakal berhadapan dengan pasukan yang mempunyai antara strike force paling berbahaya di negara.

Di barisan pertahanan, khidmat Aziz Ismail, Subra, Farisham dan Daudsu bakal terus digunakan dan jika jurulatih mendapati Azizi Mat Rose sudah cergas sepenuhnya, mungkin beliau akan bertukar tempat dengan Farisham Ismail.

Dengan kecederaan bahagian belakang yang dihadapi oleh Shakir Shaari, tempat beliau mungkin digantikan oleh pemain import, Obinna Nwaneri dan selebihnya, nama-nama seperti Badhri Radzi, Indraputra dan Norfarhan bakal terus berada dalam senarai kesebelasan utama.

Perlawanan ini dilihat sebagai pentas terbaik untuk jentera serangan Kelantan untuk membuktikan keupayaan sebenar dimana gandingan Norshahrul dan Ghaddar dijangka terus diberi kepercayaan untuk merobek gawang penyu.


Possible Line-up (Terengganu)

Jika Kelantan ada Khairul Fahmi, Terengganu ada Sharbinee Alawee yang beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sudah dan sekali lagi bakal diberi tanggungjawab menyelamatkan segala asakan pasukan tuan rumah.

'back-four' Terengganu dijangka mengalami sedikit perubahan dimana tempat Faizal Muhammad akan digantikan oleh Muslim Ahmad dan tempat Hariri bakal diambil alih oleh Zubir Azmi. Mazlizam - Muslim - Marzuki - Zubir perlu bekerja keras.

Di tengah, pemain import, Baiano dijangka bakal digandingkan bersama Reeshafiq Alwi yang menggantikan Shukor Jusoh, manakala Ashaari dan Joseph Kalang Tie masing-masing di posisi sayap kiri dan kanan sementara Shukor Jusoh dan Ismail Faruqi sebagai pilihan tambahan.

Mat Zan dijangka akan terus mengekalkan gandingan yang telah menyumbangkan sejumlah 8 gol setakat ini, Francis Doe dan juga Manaf Mamat. Penjaring terbanyak musim lepas, Abdul Hadi Yahya bakal bermula di bangku simpanan.

Ramalan : Kelantan [3] - [2] Terengganu

Saturday, February 4, 2012

Norshahrul Antara Terbaik Asia


Berikut merupakan kesebelasan utama terbaik Asia untuk bulan Januari 2012 hasil undian di laman web bolasepak terkenal Goal.com (baca sini) Untuk Liga Malaysia, hanya seorang pemain sahaja yang berjaya berada di dalam kesebelasan utama iaitu pemain pertahanan Lions XII, Baihakki Khaizan.


Namun, kali ini, tiada nama Safee Sali, sebaliknya, penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang ditempatkan selaku 'subs' bersama dengan pemain veteran Manchester United, Park Ji-Sung. Norshahrul sememangnya layak untuk berada dalam senarai kali ini berikutan aksi memukau beliau.

Norshahrul dilihat lebih menyerlah daripada keseluruhan pemain import Liga Malaysia, dengan kemahiran yang dimiliki beliau membuatkan pertahanan lawan goyah dan beliau juga merupakan seorang penyerang yang creative, bijak membuka ruang kepada rakan. 


Samad Pemain Youtube ?


Samad membuat penampilan pertamanya bersama skuad Kelantan dalam perlawanan persahabatan menentang Balestier Khalsa FC dimana Kelantan tewas dengan jaringan 2-0 tanpa balas. Gol Balestier Khalsa masing-masing hasil jaringan Goran Subara dan Kim Min Ho.

Samad Okocha Awudu yang pada awalnya enggan untuk hadir ke stadium terpaksa akur dengan arahan majikan, Tan Sri Anuar Musa yang mendesak kerana tidak ingin mengecewakan ribuan penyokong setia yang hadir. 

Samad yang telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Kelantan dimasukkan pada babak kedua permainan menggantikan Denny Antwi. Bergegar stadium dengan tepukan daripada penyokong yang mengharapkan aksi hebat Samad namun sekali lagi dikecewakan.

Alasan kali pertama diturunkan, tidak serasi dengan pemain-pemain Kelantan agak kurang wajar untuk digunakan kerana berdasarkan aksi semalam, sejak awal-awal lagi Samad kelihatan tidak fit dan beberapa peluang di hadapan gawang yang dilepaskan membangkitkan rasa tidak puas hati penyokong.

Persoalanya sekarang, kenapa KAFA bergitu tergesa-gesa untuk menandatangani pemain baru. Adakah pemain import diterima masuk dengan hanya melihat akan video aksinya di youtube, atau paling hebatnya video dari agentnya yang mungkin hanya 20 minit.

Melihatkan status Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa di laman facebook miliknya, beliau sendiri seakan sudah pening kepala soal pemain import, pada pandangan penulis, untuk Liga Malaysia, lebih baik daftarkan Ghaddar dan Obinna, selebihnya, daftar sahaja untuk Piala AFC, ataupun, terus terminate kontrak pemain yang tidak beraksi di tahap sebenarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...