Thursday, February 9, 2012

Preview : East Coast Derby


Pertemuan diantara Kelantan dan Terengganu malam esok di Stadium Sultan Muhammad IV bakal menemukan dua gergasi bolasepak Malaysia yang dahagakan kemenangan dalam usaha untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Perak.

Kelantan yang hampir dikecewakan Sabah pasti ingin bangkit di laman sendiri, manakala Terengganu juga yang sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan PKNS pasti tidak rela dinodai di SSMIV kali ini. Peter James Butler dan Mat Zan Mat Aris perlu bersedia sebaik mungkin.

Possible Line-up (Kelantan)

Khairul Fahmi Che Mat tanpa ragu bakal terus berada di benteng terakhir Kelantan, ketangkasan beliau amat ditagih kerana barisan pertahanan Kelantan bakal berhadapan dengan pasukan yang mempunyai antara strike force paling berbahaya di negara.

Di barisan pertahanan, khidmat Aziz Ismail, Subra, Farisham dan Daudsu bakal terus digunakan dan jika jurulatih mendapati Azizi Mat Rose sudah cergas sepenuhnya, mungkin beliau akan bertukar tempat dengan Farisham Ismail.

Dengan kecederaan bahagian belakang yang dihadapi oleh Shakir Shaari, tempat beliau mungkin digantikan oleh pemain import, Obinna Nwaneri dan selebihnya, nama-nama seperti Badhri Radzi, Indraputra dan Norfarhan bakal terus berada dalam senarai kesebelasan utama.

Perlawanan ini dilihat sebagai pentas terbaik untuk jentera serangan Kelantan untuk membuktikan keupayaan sebenar dimana gandingan Norshahrul dan Ghaddar dijangka terus diberi kepercayaan untuk merobek gawang penyu.


Possible Line-up (Terengganu)

Jika Kelantan ada Khairul Fahmi, Terengganu ada Sharbinee Alawee yang beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sudah dan sekali lagi bakal diberi tanggungjawab menyelamatkan segala asakan pasukan tuan rumah.

'back-four' Terengganu dijangka mengalami sedikit perubahan dimana tempat Faizal Muhammad akan digantikan oleh Muslim Ahmad dan tempat Hariri bakal diambil alih oleh Zubir Azmi. Mazlizam - Muslim - Marzuki - Zubir perlu bekerja keras.

Di tengah, pemain import, Baiano dijangka bakal digandingkan bersama Reeshafiq Alwi yang menggantikan Shukor Jusoh, manakala Ashaari dan Joseph Kalang Tie masing-masing di posisi sayap kiri dan kanan sementara Shukor Jusoh dan Ismail Faruqi sebagai pilihan tambahan.

Mat Zan dijangka akan terus mengekalkan gandingan yang telah menyumbangkan sejumlah 8 gol setakat ini, Francis Doe dan juga Manaf Mamat. Penjaring terbanyak musim lepas, Abdul Hadi Yahya bakal bermula di bangku simpanan.

Ramalan : Kelantan [3] - [2] Terengganu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...