Saturday, February 4, 2012

Samad Pemain Youtube ?


Samad membuat penampilan pertamanya bersama skuad Kelantan dalam perlawanan persahabatan menentang Balestier Khalsa FC dimana Kelantan tewas dengan jaringan 2-0 tanpa balas. Gol Balestier Khalsa masing-masing hasil jaringan Goran Subara dan Kim Min Ho.

Samad Okocha Awudu yang pada awalnya enggan untuk hadir ke stadium terpaksa akur dengan arahan majikan, Tan Sri Anuar Musa yang mendesak kerana tidak ingin mengecewakan ribuan penyokong setia yang hadir. 

Samad yang telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Kelantan dimasukkan pada babak kedua permainan menggantikan Denny Antwi. Bergegar stadium dengan tepukan daripada penyokong yang mengharapkan aksi hebat Samad namun sekali lagi dikecewakan.

Alasan kali pertama diturunkan, tidak serasi dengan pemain-pemain Kelantan agak kurang wajar untuk digunakan kerana berdasarkan aksi semalam, sejak awal-awal lagi Samad kelihatan tidak fit dan beberapa peluang di hadapan gawang yang dilepaskan membangkitkan rasa tidak puas hati penyokong.

Persoalanya sekarang, kenapa KAFA bergitu tergesa-gesa untuk menandatangani pemain baru. Adakah pemain import diterima masuk dengan hanya melihat akan video aksinya di youtube, atau paling hebatnya video dari agentnya yang mungkin hanya 20 minit.

Melihatkan status Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa di laman facebook miliknya, beliau sendiri seakan sudah pening kepala soal pemain import, pada pandangan penulis, untuk Liga Malaysia, lebih baik daftarkan Ghaddar dan Obinna, selebihnya, daftar sahaja untuk Piala AFC, ataupun, terus terminate kontrak pemain yang tidak beraksi di tahap sebenarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...