Thursday, June 23, 2011

Gary Bernasib Baik


Gary Steven Robbat perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan apabila kesilapan beliau hampir membawa padah kepada pasukan dalam perlawanan di antara Malaysia menentang Lebanon di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan dengan pasukan negara menang tipis 2-1.

Dua 'foul' hasil kesilapan beliau sendiri akhirnya memakan diri apabila Gary menerima kad kuning kedua pada minit ke 52 perlawanan yang memaksa pasukan negara beraksi dengan 10 orang pemain. Dengan pasukan Lebanon yang berkelebihan seorang pemain ia bukanlah perkara kecil, tambahan pula keadaan fizikal pemain Lebanon yang lebih besar dari pemain negara.

Rakan sepasukan beliau terpaksa bertungkus-lumus menyerap asakan lawan dan tidak mempunyai peluang untuk menyerang apabila pemain di posisi striker, Shahrul Azwari terpaksa dibawa keluar untuk digantikan dengan pemain baru bagi mengisi kekosongan di posisi yang ditinggalkan Gary, sebelum Izzaq Faris Ramlan dibawa masuk pada babak akhir perlawanan.

Namun penulis tidak menyalahkan beliau sepenuhnya kerana beliau masih muda dan faktor kekurangan pengalaman juga menjadi punca kesilapan mudah seperti ini berlaku, harapan penulis agar Gary belajar dari kesilapan ini. Bagaimanapun, Gary adalah pemain yang berkualiti, dan penulis percaya beliau layak untuk beraksi di eropah kerana corak permainan beliau mirip Claude Makalele.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...