Thursday, May 26, 2011

Episod Hitam Bolasepak Negara Bakal Berulang ?



Apa sudah jadi ? Sudahlah baru-baru ini pengawai penyiasat bahagian judi bola sepak FIFA datang ke negara kita dan mengadakan pertemuan dengan pihak polis Bukit Aman bahagian perjudian sudah cukup untuk membuat para peminat bola sepak negara tertanya-tanya akan motif mengapa pihak FIFA menghantar wakil ke Malaysia.


Kini dikhabarkan beberapa pasukan Liga Super telah dilaporkan kepada pihak kerana ada pemainnya yang didakwa menjual perlawanan. Betul kah ? Ada juga pasukan yang dilaporkan bahawa skuad Piala Presiden mereka pun terlibat dengan rasuah. 


Penulis juga berpendapat kes ini berkait rapat dengan kemerosotan yang ditunjukkan oleh beberapa pasukan Liga Super yang rata-ratanya dibarisi pemain-pemain bintang, sedangkan pasukan-pasukan ini cukup gemilang pada tahun lepas.


Bola sepak negara baru sahaja kembali bangkit selepas dimusnahkan oleh kegiatan rasuah oleh sebahagian besar pemain-pemain negara pada era 80-an dahulu, takkan nak musnahkan lagi ? Dek kerana rasuah kita kehilangan ramai pemain-pemain yang berkaliber suatu ketika dahulu seperti, Azizul Abu Hanifah dan Maltan Marjan, Jangan sampai nasib yang sama menimpa bintang-bintang bola sepak negara kita sekarang.


Ingat ! jauhi rasuah, kerana rasuah pernah membunuh bola sepak negara suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...