Sunday, May 15, 2011

Jom kenali Wan Rohaimi

Wan Rohaimi Wan Ismail

Pemain yang ~Shamil10~ ingin ketengahkan pada minggu ini ialah pemain pertahanan veteran yang beraksi bersama skuad Kelantan.Wan Rohaimi Wan Ismail pemain yang berusia 34 tahun ini dibawa pulang ke negeri kelahirannya dari Johor musim lepas.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain bolasepak profesional dengan pasukan Pahang dari tahun 1999 hingga ke tahun 2000. Selepas mengharungi musim yang berjaya di Pahang, beliau meneruskan kerjayanya di pasukan yang berpengkalan di Kuala Terengganu iaitu Terengganu.Beliau bersama dengan pasukan terengganu dari tahun 2001 hingga 2002.

Selepas itu, beliau ke pasukan Pulau Pinang pula selama 1 musim. Selepas itu, beliau ingin mencuba nasib di pasukan berstatus kelab pula.beliau berhijrah ke pasukan Selangor Public Bank.Selepas 2 musim di sana beliau berpindah ke pasukan Selangor pula.


Beliau di Selangor selama 2 tahun, dari tahun 2005 hingga 2006, selepas itu beliau berhasrat untuk mencuba nasib dengan pasukan yang berstatus kelab di selatan tanah air pula, beliau berpindah ke Johor FC.Beliau menabur bakti bersama Johor FC selama 4 tahun, Johor FC merupakan pasukan yang paling lama menggunakan khidmat Wan Rohaimi. 

Sekarang pemain kelahiran Kota Bharu Kelantan ini kembali beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya. Beliau berpindah ke pasukan Kelantan pada awal musim 2011 baru-baru ini. Walaupun beliau jarang diberi peluang untuk beraksi namun para penyokong Kelantan tetap memberi sokongan kepada beliau.

Credit to : Wawan Faiz

Beliau juga merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik negara suatu ketika dahulu. Beliau pernah mewakili negara pada tahun 1999,2000,2004 dan 2005. Selepas itu beliau tersisih akibat hadirnya pemain-pemain muda sekarang.namun jasa beliau tetap dikenang oleh seluruh penyokong pasukan Malaysia.

Penulis berharap, Wan Rohaimi akan diberi peluang untuk beraksi walaupun jika dilihat kepada usianya, ramai yang ragu-ragu tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh beliau.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...