Thursday, August 4, 2011

Bila Malaysia Nak Masuk World Cup ?

Bilakah giliran Malaysia pula julang Piala Dunia ? Bila Malaysia nak masuk World Cup ?  Soalan-soalan ini sudah meniti dibibir para peminat bolasepak negara sejak dari beberapa dekad yang lalu lagi, dari era arwah Supermokh kepada Hashim Mustapha dan sekarang era Safiq Rahim. Sampai bila penyokong perlu tunggu ?

Disini penulis ingin melontarkan sedikit pandangan peribadi penulis yang mungkin dapat menjawab soalan-soalan diatas. Ya, satu tajuk yang subjektif untuk dibincangkan.

Bagi penulis, Malaysia tak akan dapat masuk World Cup selagi pihak pengurusan FAM tidak asingkan bolasepak dengan politik. Ya, politik perlu dalam bolasepak, namun, politik yang berusunsur negatif yang tidak diperlukan.

Kedua, selagi kita tidak mempunyai skuad pelapis yang berkemampuan kerana pemain muda yang perlu kita bentuk, bukan yang dah berusia 31 tahun, macammana nak ada skuad pelapis yang berkaliber ? Kita perlu ada seorang jurulatih yang sanggup 'scout' semua pemain dalam liga, tak kiralah liga kelas pertama atau liga bawahan.

Ketiga, selagi wang lebih penting dari semangat patriotik dalam diri pemain dan selagi style rambut lebih penting dari mutu permainan. Cuba imbas kembali zaman kegemilangan bolasepak negara, era arwah Supermokh, tahukah anda Supermokh tidak akan makan untuk beberapa hari jika pasukan Malaysia tewas ? kenapa ? sebab beliau tahu, beliau telah musnahkan harapan para penyokong.

Ramai yang letak harapan Malaysia ke Piala Dunia Brazil 2014, penulis kata, tak mungkin, mereka balas, 'think positive lah bro, dalam bolasepak, apa sahaja boleh terjadi', penulis balas, 'ya, saya juga sokong bolasepak negara, selalu think positive, tapi kena fikir secara realistic jugak, mana mungkin Malaysia yang tewas kepada pasukan di ranking 165 dunia mampu tewaskan negara seperti Jepun yang berada di ranking ke 16 dunia, pernahkah berlaku kejutan sebergini dalam sejarah bolasepak ? '

Penulis selalu impikan  Safiq Rahim yang julang Piala tersebut, Tetapi kebenaran memang pahit untuk diterima, kita perlu akui, mutu bolasepak negara kita masih terlalu jauh untuk menyaingi mutu bolasepak di negara-negara gergasi.

Masih banyak yang perlu diperbaiki, bukan satu perkara malah dari segala aspek. Tidak mustahil, suatu hari nanti, Pasukan tanah tumpahnya darahku, Malaysia pula yang akan menjulang Piala paling berprestij di dunia ini, Ayuh Harimau Malaya !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...