Tuesday, August 23, 2011

Bangangnya Mereka

#MuhdShamil

Seperti yang korang semua tahu, Tony Fernandes dah jadi bos baru team EPL iaitu Queens Park Rangers. Maka keluarlah ura-ura nak bawak Safee Sali dan Khairul Fahmi ke sana. Berita ni belum tahu pun akan kebenarannya tapi ramai rakyat Malaysia yang bangang pergi like page QPR di Facebook untuk spam dengan meletakkan video-video aksi pemain-pemain Malaysia.

Wahai manusia bangang, korang siapa ? Tony beli QPR jadi korang boleh buat suka hati ka hahh ? nasib baik la Tony beli QPR, kalau lah beli United mahunya paksa suruh ambik Fakri Saarani atau Sharbinee. Seperti yang aku dah jelaskan di entry sebelum ini. Tony beli QPR untuk mengiklankan syarikatnya sahaja, tak ada kene mengena dengan nak naikkan taraf bolasepak Malaysia. Paham la sikit.

Tony beli QPR bukan dengan sokongan keewangan dari FAM pon, cuba tanya Tony apa maksud FAM, haa, aku bukan nak salahkan Tony, lantak dia lah duit dia, aku cuma hangin dengan keldai-keldai bodoh yang spam page QPR ni haaa.

Aku dah cakap sebelum ini, dah ada banyak contoh perkara macam ni, seperti Glazers beli team cempiyen, Manchester United tapi ada ke korang tengok player USA dalam team ? tak ada. Sheikh Mansour beli team yang kalah Community Shield, Manchester City, ada ke korang tengok player Arab dalam team ? tak ada, masa Thaksin jadi bos City dulu ada ke player Thai dalam team ? tak ada.

Satu lagi, apa ke bengong sangat nak letakkan player kita setaraf dengan player luar sekarang, belum sampai masa la woi. Safee Sali hero di Indon terus nak bawak pergi EPL ke ? Apek, apa jadi masa lawan Liverpool dan Arsenal hari tu ? itu lah antara bola yang dia kene halang jika main di EPL. Dah setaraf ke ? BELUM.

Bukan aku tak ada semangat patriotik atau apa, aku pon dah lama nak tengok player kita main di EPL, dah ramai yang cuba, tapi takde pon yang lepas, Syed Adney ada pergi trial, tak lepas, Nicholas Chan dah siap pergi training dengan Scott Parker di West Ham, tapi tak lepas. Kita kena akui la bahawa mutu bolasepak kita masih belum capai tahap EPL.

Korang pergi spam letak video-video Safee Sali tu buat apa ? kalau diorang berminat dah lama diorang panggil, tengok macam player-player Harimau Muda kita yang 3 orang tu, itu baru betol, diorang yang nak dan bukan kita yang perasan bagus, mereka yang nilai.

Aku tak nafikan, player-player seperti Apek, Norshahrul, Baddrol dan seberapa lagi tu memang dah patut keluar dari Liga Malaysia ni, diorang patut pergi ke Liga yang lebih baik tapi jangan la perasan nak pergi EPL terus. step by step la, kalau tak dapat generasi ni, tunggu generasi akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...