Thursday, August 25, 2011

Australia Nak Lawan Malaysia, Awas Rajagobal

#MuhdShamil

Persatuan Bolasepak Malaysia yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan perlawana persahabatan untuk pasukan negara akhirnya sedikit lega apabila dijemput oleh pasukan antara yang terbaik Asia, Australia untuk bertandang ke Sydney untuk satu perlawanan persahabatan pada 7 October ini.

Ini merupakan satu penghormatan buat pasukan negara walaupun objektif sebenar pasukan Australia hanyalah untuk dijadikan ujian kerena selepas itu Australia akan turun menentang jiran Malaysia iaitu Thailand dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Namun awas Rajagobal, walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan tapi harus diingat, jangan sampai dibelasah teruk akibat kesilapan anda. Pasukan Australia mempunyai beberapa pemain bintang dunia seperti Gary Cahill dan juga Harry Kewell. Jangan biarkan sejarah kemenangan 31-0 Australia keatas American Samoa berulang buat Malaysia.

Walapun anda dah jelaskan banyak kali bahawa target anda adalah untuk Piala Asia 2015 tapi jangan abaikan perlawanan persahabatan ini, turunkan pemain yang betul-betul mampu sahaja kerana jika pasukan kebangsaan diaibkan Australia, alasan anda kenal pemain anda tidak boleh digunapakai lagi.

Semua tahu, peluang untuk pasukan negara mencatat kemenangan dalam perlawanan ini agak sukar tambahan pula beraksi di arena lawan, tetapi, jika keputusan seri pun tidak dapat diperoleh, tewas dengan defisit 2 atau 3 gol masih boleh diterima. 5 hingga 6 gol, pasti anda akan dikecam oleh peminat dan pasti jawatan anda sebagai ketua jurulatih negara tidak lagi selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...