Friday, August 19, 2011

Piala Malaysia : Group D

#MuhdShamil

Group D diketuai team kelab sejarah, Selangor diikuti T-team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Selangor. pasukan ni aku rasa boleh la pergi sampai semi-final kerana jika semua menepati ramalan, Selangor akan jumpa Sabah di quater-final. Tapi tak sedap sangat Devan oii, dah la Selangor masih dihantui badi kekalahan di quater-final lepas tu pulak. Korang pernah tewas di Stadium Likas kan ? kan ? hek elehh, tak der suara pulak ? kehkehkeh. Takkan la team yang dah tewas kan pasukan Malaysia kena lauk kan.

T-team. pasukan ni aku rasa akan melangkah ke pusingan seterusnya sebagai juara aku rasa. ye la, brader-brader Selangor dah gentar dengan Manchester City Malaysia ni, apasal ? alaa, cuba tanya Devan lagi, bukan kah dua-dua game Liga Super Selangor tewas ditangan T-team ? ehh takder suara lagi ? kehkehkeh. Aku tengok T-team ni kuat bila lawan team kuat tapi tak power bila lawan team tak kuat. Tak caya ? tanya brader-brader Kuala Lumpur. Kehkehkeh.

Kuala Lumpur, mereka pernah tewas kan T-team yang pernah tewas kan Selangor jadi kalau pikir, tak de masalah la yer dok ? kehkehkeh. Aku rasa Kuala Lumpur ni boleh bagi tekanan la kat team Selangor dan T-team ni tapi untuk layak sukar sikit, sebab di Liga Super, standard Arsenal jer. Asyik kena belasah jer. Kehkehkeh.

Last sekali, brader-brader polis. PDRM. kalau PKNS, Sarawak dan Sime Darby pon tak boleh bersaing ini kan pulak team ni yer dok ? bukan nak perlekeh tapi cuma berpijak di bumi yang nyata lah kan. Aku rasa ini lah satu lagi team lauk. Tapi tak boleh la kata camtu kan. Tunggu dan lihat jer lah.

Kesimpulanya, T-team dan Selangor bakal layak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...