Thursday, August 11, 2011

Tony Fernandes Bakal Jadi Bos Baru QPR


Usahawan di tangga ke 19 dalam carta Malaysia's Richest, Tan Sri Anthony Francis Fernandes. Tak kenal yer dak ? Tan Sri Tony Fernandes founder of Tune Group Sdn Bhd dikatakan semakin hampir untuk menjadi pemilik baru pendatang baru BPL, Queens Park Rangers FC (QPR)


Media di England menyebut Tony bakal melengkapkan pembelian 62% saham QPR milik supremo F1, Bernie Ecclestone dengan nilai 100 Juta Pound yang akan menjadikannya bos baru QPR.


Beliau yang dikatakan berusaha untuk membeli kelab kegemarannya iaitu West Ham United 2 tahun lepas tetapi gagal, beliau juga pernah dikaitkan dengan kelab NOMBOR SATU di England, Manchester United. Tony dikatakan berada di London untuk menyelesaikan urusan pembelian tersebut dan telah berjanji untuk memberikan 10 juta Pound kepada pengurus QPR, Neil Warnock untuk membeli pemain baru jika berjaya membeli kelab itu. Perkara ini untuk mengelakkan QPR menjadi pasukan belasahan di BPL nanti. kehkehkeh!


Tony akan menjadi rakyat Malaysia pertama mempunyai kelab Liga Perdana Inggeris. Sebelum ini, 2 usahawan terkenal, Datuk Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee membeli kelab Liga Championship, Cardiff City tahun lepas. Cardiff City gagal menyertai Liga Perdana Inggeris musim ini selepas tewas dalam saingan play-off.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...