Sunday, August 7, 2011

Aris Zaidi Calon Terbaik

Mohd Aris Zaidi, one of the best young talents. Sentiasa mempamerkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan, skill gelecekan yang baik, bijak menghidu peluang dan larian pantas menjadikan Aris Zaidi sebagai salah seorang aset penting buat skuad Piala Presiden Kelantan dalam mengharungi musim ini.

Pemain berusia 20 tahun ini sudah beberapa kali dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad senior Kelantan namun tidak pernah diberi peluang beraksi. Beberapa hari lalu, beliau dipanggil semula.

Kali ini untuk menjalani latihan bersama pasukan senior dalam rangka persiapan mengharungi cabaran Piala Malaysia yang dilihat sedikit sukar walaupun diundi bersama pasukan-pasukan kecil di peringkat kumpulan.

Ini kerana, The Red Warriors ketandusan pemain di posisi serangan untuk membantu Norshahrul Idlan Talaha, tambah merungsingkan, Matyo kini masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring yang dialaminya.

Ramzul Zahini, Nizad Ayub dan Khalid Jamlus berikut tiga pilihan yang ada untuk Dato' M.Karathu ada untuk mencongak strategi dalam misi mempertahan Piala Malaysia. Ramzul Zahini dilihat tidak konsisten dan kurang bijak dalam 'positioning' dan juga kurang 'body balance' mengakibatkan beliau kerap kali gagal menjaringkan gol.

Nizad Ayub, walaupun mempunyai skill gelecekan yang agak baik namun beliau dilihat terlalu lama memegang bola dan kerap kali melakukan kesilapan-kesilapan dan 'lost possesion' di tempat yang tidak sepatutnya yang akhirnya membebani barisan pertahanan dan membahayakan gawang gol sendiri.

Khalid Jamlus, bijak, kreatif, berpengalaman dan sememangnya sesuai untuk digandingkan bersama Norshahrul namun jika permainan pantas diterapkan pihak lawan, beliau jelas tak dapat ikut corak permainan tersebut, beliau juga dilihat kerap mengalami kecederaan, mungkin disebabkan faktor umur yang sekarang sudah mencecah 34 tahun.

Kesimpulannya, jika pihak pengurusan KAFA gagal dalam usaha membawa masuk penyerang Pahang, Mohd Azamuddin Akil maka Aris Zaidi calon terbaik yang ada buat masa sekarang. Selain Aris Zaidi, lima lagi pemain dari skuad Piala Presiden dipanggil untuk menjalani sesi latihan bersama skuad senior.

Pemain skuad Piala Presiden yang menjalani latihan bersama skuad senior :

1) Izuan Rosli
2) Md Syazwan (penjaga gol)
3) Norsyahrul Hawari
4) Farhan Yaakob
5) Nik Shahrul Azim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...