Sunday, August 28, 2011

Hebatnya Manchester

#MuhdShamil

Bila aku sebut Manchester, ia bukan saja Man United tetapi termasuk juga dengan jiran tertangga, Man City, kali ni, dua-dua memang fantastic. Manchester, bandar yang mempunyai 2 pasukan bolasepak terbaik dunia. Siapa yang kata tak ? mehh sini aku lempang 8 kali, oppss, 8 angka yang agak sensitive malam ni. Ok, aku lempang 5 kali, ape ? sensitive jugak ?

Seperti yang korang sedia maklum, malam ni berlansungnya 2 perlawanan yang melibatkan Man United dan Man City, Man City turun lawan anak-anak ayam manakala Man United turun lawan budak-budak tadika. Kesian dekat brader-brader Liverpool, baru nak rasa duduk kat atas, tup-tup United dah rampas.

Ok, aku mulakan dengan game yang berlansung terlebih awal, game antara Spurs dan Man City, game ni berkesudahan City menang 5-1 dengan 4 jaringan daripada Edin Dzeko, aku pon tak tau apa yang rasuk Dzeko ni haaa, biasanya macam gampang jer. Satu lagi gol terhasil melalui pemain termahal mereka, Sergio Aguero, gol saguhati anak-anak ayam korang nak tau ker ? tak yah la kan, aku pon lupa la, Frimpong kan ? ehh, entah la. Konklusinya, Spurs memang tak power lansung.

Ok, kita beralih ke game diantara Man United dan Ar8enal. ehh apa ni, Arsenal la. Seperti satu lagi team dari London, iaitu Spurs, Arsenal pon jadi lauk gak malam ni, Apa kejadahnya sampai 8 ni ? ok, tak boleh salah kan Wenger jugak la, maybe dia rindu Nasri kot, ye la kan, jersey Nasri ngan Arsenal dulu pon nombor 8 kan. Fulltime, United 8-2 Arsenal, aku pon dah lost count sapa scorer, korang pandai-pandai sendirik la cari.

Cuba banyangkan kalau 2 team Manchester ini bergabung dan 2 team London juga bergabung, tak ker jadi 15-3 tu ? yarabbi, bala ni bala, apa la, ni bukan setakat bangang ni, malah lebih bangang dari bangang itu sendiri, dah 2 kali aku guna ayat ni haaa, kalau korang simpati dan prihatin dengan penyokong-penyokong Spurs dan Arsenal ni, kalau korang jumpa orang pakai jersey 2 pasukan ni, korang tolong la bagi lighter kat diorang.

Kepada penyokong Arsenal dan Spurs, aku ucapkan salam lebaran, ingat, hari raya bukan hari untuk bersedih dan berduka cita, kalau rasa nak gembira, jom join open houses di Manchester ni haaa, gerenti syok. Tapi aku nak tanya ni, Frimpong mana Frimpong ? aku rindu nak tengok rambut dia.Ok, last sekali, aku nak akhiri entry kali ni dengan 1 gambar khas buat penyokong The Gunners.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...