Sunday, August 21, 2011

Gabungan Untuk Jadi Striker Mantap

#MuhdShamil
Korang pernah main tak ?
Sambil menunggu waktu berbuka, aku seperti biasa mesti bukak PC buruk aku untuk main Football Manager 2011 ni, tapi hari ni aku rasa malas nak main dan rajin pulak nak edit-edit player ni. Biasala aku tak pernah main jujur benda ni. Mesti kena edit dulu, kehkehkeh.

Sedang asyik mengedit kehebatan pemain-pemain pasukan aku, tiba-tiba aku terfikir, apakah gabungan yang diperlukan untuk melahirkan seorang striker bertaraf dunia seperti Wayne Rooney dan bukannya Torres. Apakah gabungannya ?

Ok. pertama, dari segi individual skill, aku rasa Norshahrul Idlan Talaha yang terbaik ada kat Malaysia ni, gelecekan-gelecekannya memang mantap. dari segi skill, aku pilih Matyo lahh. Ok. kalau setakat ada skill tapi tak boleh score buat apa kan ? yes, tak dinafikan finishing Matyo tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan Safee Sali, tapi alang-alang nak buat, bagi la yang terbaik kan.

Dari segi finishing aku pilih penyerang Pelita Jaya, Safee Sali tak pon Akmal Rizal. Mereka ni kalau bagi peluang dalam D-Box memang terobek lah jaring. Ok. dah ada skill dah ada finishing tapi kalau slow macam West Brom punye Tchoyi tu buat apa kan kan ? so, untuk pace, aku pilih Razali Umar Kandasamy. Pace si Jali ni memang tip-top.

Ok, dah cukup ke belum ? belum lagi kan kan ? satu lagi ialah bentuk badan/ physical. Untuk bende ni aku pilih penyerang Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan, sebab kalau setakat macam si Zaharulnizam tu untuk compete dengan pemain-pemain di Europe agak susah. Ye la, tengok la sorang-sorang kat sana besar mana kan. So, yang ni aku pilih Izzaq, dia ni tinggi dia lebih kurang And Carroll, tapi Carroll tu harap ke tinggi je tapi main bangang.

Itu lah saja kali ni dari kepala mengarut aku ni, kalau korang ada pendapat korang sendiri, letak-letak lah kat ruangan komen kat bawah tu. Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...