Wednesday, August 10, 2011

Sempoi : Rajagobal Perlu 'Sekolah' Dengan Alex Ferguson

Pertama sekali gua nak nasihatkan budak-budak Chelsea, Arsenal mahupun Liverpool tak payah la panas bontot dengan gambar kat sebelah ni yerr , biasa la, ini la Manchester United. kehkehkeh!


Okay, kembali ke title post ni, kenapa gua cakap macam itu ? tadi gua tengok program Formasi di Astro ARENA yang dihostkan oleh Hj.Zainal Abidin Rawop dan ada 2 tetamu jemputan, Azlan Johar dan Safee Sali

Gua tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh saudara Azlan Johar tentang kenapa Manchester United boleh tewaskan budak-budak Roberto Mancini baru-baru ini, bukan senang nak buat comeback wooo ! Azlan Johar cakap rahsianya ialah, Alex Ferguson BERANI dan tak pilih kasih.

Kita dapat lihat bila Alex Ferguson membuat percaturan berani dengan mengeluarkan Rio Ferdinand, Vidic dan Carrick lalu digantikan dengan budak mentah (bak kata fans Man City), Phil Jones, Tom Cleverly dan Jonny Evans. mentah tak mentah, United bangkit selepas itu. Disini kita dapat lihat Alex Ferguson tak guna sistem seperti Rajagobal, iaitu sistem pilih bulu/pilih kasih.

Abaikan Carrick, lihat pada Ferdinand & Vidic, dua pemain ni boleh dikatakan tidak pernah terlepas aksi bersama United dan merupakan gandingan paling digemari peminat, tetapi Alex Ferguson berani membawa mereka keluar. Beranikah Rajagobal keluarkan Aidil ganti dengan Rizal Fahmi ? bawa keluar Asrar dan gantikan dengan Azmimuslim ? tak !

Jadi korang pikir-pikirlah, tapi dont worry, target kita Asian Cup 2015 bak kata King Raja, kehkehkeh! btw, pada yang tak tengok lagi aksi CEMERLANG Man Utd, nahh tangok lah video kat bawah ni.

Manchester city's players make money, manchester united's players make history !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...