Friday, August 5, 2011

Laluan Mudah Buat Kelantan


Johor FC, FELDA United dan Sarawak, itulah 3 pasukan yang akan menjadi pencabar pasukan Kelantan dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang akan membuka tirai pada 6 November 2011 nanti.

Tidak dinafikan, di atas kertas sememangnya pasukan yang menyandang posisi selaku juara Liga Super 2011, Kelantan tampak mempunyai laluan mudah untuk mara ke peringkat kalah mati apabila diundi bersama-sama pasukan diatas sebentar tadi.

Mana tidaknya, Johor FC telah Kelantan kecewakan di dalam saingan Piala FA mahupun saingan Liga Super apabila semua pertemuan dimenangi Kelantan. Manakala pasukan kelab, FELDA United mungkin sudah muak bertemu Kelantan. Penyokong Kelantan juga mungkin sudah muak bertemu FELDA United. Jika diteliti, kemenagan terbesar Kelantan dalam saingan Liga Super 2011 adalah menewaskan FELDA United dengan jaringan 6-0 di Kota Bharu.

Sarawak pula sekadar naib juara Liga Perdana 2011, sedangkan naib juara Liga Super, Terengganu, berjaya Kelantan tewaskan dengan jaringan 3-0 di gelanggang lawan, kenapa tidak naib juara Liga Perdana. Tetapi AWAS, jangan pandang rendah keupayaan lawan. Sedangkan Pahang yang dulunya satu kuasa besar boleh ditewaskan pendatang baru Liga Perdana iaitu Sime Darby.

Buat persiapan yang terbaik, kekalkan momentum, jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai alasan untuk tidak turun berlatih. Tidak mustahil, reben melilit Piala Malaysia akan kekal dengan warna merah putih dengan kata lainnya, Kelantan akan terus 'menyimpan' Piala Malaysia.


2 comments:

  1. Nampak nya Kelantan betul2 pandang rendah dengan kemampuan pasukan sarawak.Saya doakan mudah mudahan Kelantan akan kalah besar malam ini.Insya Allah...Amin...

    ReplyDelete
  2. Brader, lu buta ka kat situ ada ayat 'Tetapi AWAS, jangan pandang rendah keupayaan lawan.', tarak nampak ka ? satu lg, ape kejadahnya doa kan yg buruk ? tahu kah doa yg buruk tak kan termakbul ? fikir dulu sebelum komen, fikir guna otak&akal yang Allah pinjam kan, yg guna kepala lutut, sekian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...