Friday, August 19, 2011

Piala Malaysia : Group B

#MuhdShamil

Okay, sambungan untuk entry yang sebelum ini, kali ni untuk group B pula. Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby. Bagi aku, kumpulan ni sebenarnya kumpulan maut dan bukanya kumpulan D yang ada Selangor, sebab Selangor tak power pon, kehkehkeh

Kita mulakan dengan awok kkepok gotang dulu, kehkehkeh. Okay, Piala FA masih panas lagi dengan percikan-percikan mercun di Final baru-baru ini, so, moral pemain-pemain Terengganu sememangnya di tahap terbaik sekarang dan tiada sebab untuk mereka kandas awal. Jentera serangan mereka dibarisi 3 serangkai paling berbahaya di negara yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dan dibantu oleh Ashaari dan Manaf. 

Skuad Hobin Jang Hobin pula melalui hari-hari menyakitkan di Liga Super dek kerana perlbagai masalah, dari isu rasuah ke pertukaran jurulatih dan kecederaan pemain. Tetapi aku rasa Negeri Sembilan mungkin boleh bagi saingan dengan kembalinya pemain-pemain utama mereka yang sebelum ini injured lama seperti Norhafiz Zamani, Farizal Marlias dan Zaquan Adha. Tambah pula ada coach baru kan mesti la ada angin baru.

Juara Liga Perdana, PKNS pula mensasarkan nak pergi quater final. Aku rasa tak dapat. Ya, mereka agak kuat dan aku rasa boleh bagi tekanan kat team-team besar seperti N9 dan Terengganu tapi standard Liga Perdana dan Liga Super jauh beza. 

Sime Darby. kelab baru yang bercita-cita besar, korang tau tak, aku ada dengar khabar mereka nak bawa masuk penjaring terbanyak Liga Indonesia, Boaz Solossa ke team mereka tahun depan, tapi Boaz tolak, sekarang nak ejas Ahmad Bustomi pula. Tapi aku rasa jadi QPR Malaysia jer ni, Terengganu bagi 5 bijik, N9 3 bijik. Tapi jangan terkejut kalau Sime Darby buat kejutan. Kehkehkeh.

Kesimpulanya, pasukan pilihan aku untuk layak ialah Ganu kiterr dan Nogoghi. Eden bukan orang nogori yoo.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...