#MuhdShamil
Harapan seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan bolasepak kita beraksi di Piala Dunia akhirnya tercapai. Tapi kali ni sedikit berlainan, mesti korang pelik kan. Baru ni kan Harimau Malaya kena sepak dek Singapura apasal boleh layak kan ? sebenarnya bukan Harimau Malaya yang layak tetapi pasukan bolasepak Universiti Malaysia yang layak ke Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Universiti 2012 di Abu Dhabi.
Apa kelas Rajagobal target Piala Asia, tengok ni haa, dah dapat masuk World Cup terus. Tahniah, tahniah dan tahniah aku ucapkan. Malaysia layak apabila berjaya menumpaskan Thailand 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.
Banyak perkara positif yang dapat dipetik menerusi kejayaan ini, yang paling penting, fikiran anak-anak muda akan lebih terbuka. Kalau dulu mereka kata tak payah nak belajar sangat terus masuk akademi bolesepak kat negeri masing-masing dan terus jadi player. Namun sekarang, mereka akan berlumba-lumba untuk masuk Universiti. Ye la, daripada masuk akademi lepas tu dapat call-up team yang tak boleh masuk World Cup buat ape yerr dok ? kehkehkeh.
Bak kata penolong jurulatih pasukan Universiti, Ricahrd Scully, 'aplikasi teknik yang baik' ehh silap, ni haa 'Penampilan pada Piala Dunia Universiti tahun depan boleh dianggap sebagai suatu pendedahan yang terbaik buat skuad negara' Ya lahh, Harimau Malaya boleh ke main dengan Ukraine dan Brazil ? kehkehkeh. Mesti Rajagobal dengki ni.
Satu lagi, aku tengok kapten pasukan, K.Ruben tu ada masa depan yang agak cerah di persada bolasepak tanah air. Dia dulu main di posisi defender, tapi dilihat agak bangang jika beraksi di posisi itu lalu coach letakkan dia sebagai striker, tengok la sekarang dah macam Carlos Tevez, Abang Torres pon tak berani nak lawan. Kehkehkeh
No comments:
Post a Comment