Friday, August 12, 2011

Giliran Baddrol Pula ?

Selepas tersebarnya berita mengenai Safee Sali diintai sebuah kelab di Germany, semalam keluar pula berita tentang pemain paling berharga dari Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Baddrol Bakhtiar dikatakan telah mendapat jemputan untuk menjalani sesi pemilihan bersama kelab di BPL, Wigan dan akan di tawarkan kontrak jika menunjukkan prestasi yang baik ketika sesi pemilihan tersebut.

Namun, ramai yang menyankal tentang kasahihan berita ini, ini kerana ada yang mengatakan bahawa pemain yang ingin dibawa ke BPL perlu dari negara yang di ranking 100 dan kebawah. Tetapi penulis rasakan players that will have difficulty signing in to the premier league is not from sub-100 ranked countries. The key word is EU. Non-eu origin players need a permit. Well, u can find sources to read on that. 


Pada pendapat penulis, Baddrol dapat beraksi atau tidak bersama Wigan tiada apa-apa, jika beliau dapat, bagus, tetapi dengan tersebarnya berita ini sudah cukup baik kerana laman web yang mnyeberkannya bukan calang-calang, ia merupakan antara laman web bolasepak paling banyak dikunjungi dan dengan berita ini, banyak lagi pasukan-pasukan di seluruh dunia akan membuka mata tentang kualiti yang ada pada pemain-pemain negara Malaysia.


Mereka akan mula scout our players, tak kisah mereka akan dapat tawaran dari liga mana sekalipun, Liga Belgium, Turkish League, Liga Australia atau lain-lain, apa yang penting liga tersebut lebih baik dari Liga Malaysia kita yang dilihat agak tidak kompetitif.


Menurut berita itu juga, jika Baddrol di tawarkan kontrak ianya hanya dari segi commersial value, untuk melariskan jualan merchandise pasukan tersebut di negara kita. Objektif yang agak sama dengan kedatangan tiga pasukan gergasi BPL mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negara baru-baru ini.


Jadi tidak mustahilah jika Wigan sign Baddrol dan meminjamkan beliau ke pasukan-pasukan di Liga Swiss, Liga Belgium ataupun lain-lain, tetapi apa yang penting disini, penulis ingin ulang sekali lagi, pemain negara dapat beraksi di liga yang lebih baik dari Liga Malaysia.


Penulis juga melihat, semua ini dimulakan oleh Safee Sali, sejak beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Liga Indonesia, banyak kelab-kelab disana yang berminat untuk mengambil pemain dari negara kita dan sekarang berita tentang beliau dirisik pasukan dari Bundesliga pula telah membuka mata ramai pihak. Apa-apapun SEMOGA BERJAYA 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...