Thursday, August 18, 2011

Aku Dah Tak Respect Sama Barca

#MuhdShamil

Walaupun aku ni penyokong Man Utd tapi dulu aku sangat hormati Barcelona ni. Memang tak dapat dinafikan kehebatan mereka. Semuanya cukup lengkap. Dari segi corak taktikal Pep Guardiola hingga ke peminat-peminat mereka, jika di Malaysia peminat mereka ibarat The Red Warriors.

Dari era Ronaldinho ke era Thierry Henry dan sekarang era Messi. Memang dari dulu lagi mereka sebuah pasukan yang hebat. Tak banyak team yang dapat tewaskan mereka tambahan pula jika beraksi di stadium keramat mereka. Camp Nou.

Tetapi, semalam aku tidak melepaskan peluang menonton perlawanan Supercopa 2nd leg di antara Barcelona dan Real Madrid yang berlansung di Camp Nou. Sebelum game bermula, hati aku dah berbisik Barcelona akan menang dan aku pon pada awalnya memang mengharapkan Barca menang.

Tamat perlawanan, Barca menang 3-2 dan itu lah juga kali terakhir dalam hidup aku hormati Barcelona. Mereka bukan Barca yang aku kenali dulu, mereka sudah terlalu kemaruk dengan piala hingga telah mengetepikan permainan bolasepak yang sebenar.

Danial Alves pelakon yang sering jadi watak utama dan yang lain-lain jadi pelakon extra. Kemana menghilang pasukan Barcelona yang betul-betul bermain bolasepak dahulu. Ketika Ronaldo di Man Utd.Aku sendiri pernah kata bahawa Cristiano Ronaldo pemain yang lembik dan suka berlakon. 

Tetapi sekarang segalanya telah berubah, Cristiano Ronaldo dah tak jadi pelakon, dia dah jadi seorang pemain bolasepak professional dan bermain kerana minat & passion dia dan bukan kemaruk piala seperti Barcelona sekarang. Kenapa Barca jadi bergini. Kerana harapan peminat menggunung dan mereka sudah lupa bagaimana rasanya apabila pasukan kalah selepas mencapai semua kejayaan ini. Sebab itu Barca tak boleh tewas ?

Sekarang game Barca dah tak menarik macam dulu untuk ditonton, sebab tu la aku kalau Barca main game tak penting, contoh lawan Sevilla ker, Valencia ker aku dah tak kunci jam nak bangun tengok. Asyik-asyik benda sama jer yang dipamerkan. Hantaran-hantaran pendek, Iniesta gentel sikit, Xavi past kat Messi, Messi dribble lepas defend hantar kat Villa, Villa score. Perkara sama jer. Bosan, muak, meluat.

Pasal pergaduhan pulak, memang salah Marcelo takcle Fabregas, tapi kenapa perlu sampai gaduh, pengadil kan ada, biar je lah pengadil buat kerja. Lagi pun masa tu tinggal lebih kurang seminit lagi sebelum game tamat. Gaduh punye gaduh. Mesut Ozil dan David Villa pula jadi kes utama.

Aku juga harap tahun ini akan ada team yang akan dapat beat Barca dan pasukan yang aku nampak boleh beat Barca ialah Real Madrid, mereka punyai coach yang bagus, pemain-pemain bertaraf bintang, aku hanya letakkan harapan kat Real Madrid. Ya, aku sokong Man Utd, tapi tengoklah, Man Utd yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman masa final Champions League baru-baru ini pun tewas ini kan pula team baru ni. Siapa lagi ? Man City ? Inter Milan ? tiada siapa lagi yang mampu.

Maaflah jika aku habiskan masa korang baca posting aku kali ni, memang berjela-jela, straight from my heart, Mulai dari saat ini, aku akan sokong team yang akan lawan Barcelona walaupun Samut Songkhram, Zaire mahupun Derby County. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...