Wednesday, August 10, 2011

Safee Sali Gandingan Baru Podolski ?

Ya, penulis tahu perkara ni masih samar-samar dan masih jauh, namun jika ia menjadi kenyataan ia akan menjadi satu batu loncatan buat industri bolasepak negara.


Perkara yang penulis maksudkan ialah, khabar angin yang mengatakan bahawa penyerang prolifik negara, Mohd Safee Sali dirisik sebuah kelab dari Bundesliga.


Kelab tersebut ialah FC Köln, dan apa yang menariknya ialah jika benar Safee Sali akan ke sana, rakan gandingan barunya ialah Lukas Podolski, antara penyerang utama pasukan Germany dalam saingan Piala Dunia 2010 yang lepas. Penulis yakin gandingan ini akan dapat 'meletup' membuatkan Torres dan Drogba goyang.


Bagi penulis, Safee Sali telah mengangkat standard bolasepak Malaysia dengan penghijrahan beliau ke Pelita Jaya musim lepas, beliau berjaya di sana dan sekarang kelab di Germany pula berminat dengan beliau, khabar angin tersebar luas ke seluruh dunia dan membuatkan pasukan-pasukan dari negara lain mula membuka mata bahawa Malaysia punyai ramai pemain berkualiti.


Sebagai contohnya, sekarang ramai pemain Malaysia yang berani untuk berhijrah ke kelab di luar negara dan banyak juga kelab yang membuat tawaran buat pemain Malaysia, kita tengok Amirul Hadi Zainal, beliau dikaitkan dengan sebuah pasukan di Jepun. Liga Jepun bukan calang-calang. Kita tengok pula kapten negara, Safiq Rahim, beliau dikatakan semakin hampir untuk menyarung jersi pasukan Persija Jakarta. Pasukan di kedudukan ketiga Liga Indonesia.


Tidak mustahil jika suatu hari nanti kita akan dapat lihat Baddrol Bakhtiar beraksi untuk Aston Villa, Norshahrul Idlan Talaha menjadi gandingan Diego Forlan di Atlentico Madrid dan Aidil Zafuan menggantikan Lucio di Inter Milan, ini sebenarnya bukan sekadar angan-angan mat jenin, asalkan pemain kita mempunyai keberanian dan sentiasa berusaha. Kita pasti boleh !

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...