Saturday, July 2, 2011

Yong Nak Main Di Liga Korea Atau Jepun


Sudah lama kelibat pemain berbangsa cina tidak dilihat bersama pasukan kebangsaan, namun baru-baru ini, ketua jurulatih negara, Dato' K.Rajagobal telah memanggil seorang pemain muda berbakat besar untuk menyertai skuad senior negara dan beliau adalah Steve Yong Kuong Yong.

Pemain yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan ini baru mencecah usia 22 tahun namun bakatnya sebagai pemain bola sepak tidak dapat dinafikan apabila berjaya memikat hati Dato' K.Rajagobal. Pemain yang menjadikan S.Kunalan, Xavi dan Paul Scholes sebagai idolanya ini gemar beraksi sebagai pemain pertahanan kanan.


Beliau yang membuat penampilan pertamanya bersama skuad negara dalam perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammad IV mengakui bahawa beliau sedikit gementar namun bangga kerana diberi peluang untuk beraksi walaupun pada minit-minit akhir perlawanan.

Apabila diajukan soalan kemana arah tuju beliau selepas ini, beliau berkata 'my target nak main kat team oversea, macam kat Korea atau Japan' Beliau sekarang mewakili skuad 'anak kota' iaitu Kuala Lumpur FA. Penulis yakin jika beliau diberi peluang tidak hairanlah suatu hari nanti impian beliau untuk beraksi di liga luar negara akan tercapai. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...