Friday, July 29, 2011

Rajagobal Wajar Serap Joseph Kalang

Tidak dinafikan pasukan negara mempunyai Amirul Hadi Zainal di posisi sayap kanan dan beliau bukan calang-calang pemain, larian pantas, skill gelecekan yang baik dan bijak menghidu peluang, itu lah antara kelebihan Amirul. Tetapi, jika prestasinya menurun ? dia cedera ? siapa yang mampu ganti tempat dia ?

Ya, kita ada Baddrol Bakhtiar, namun Baddrol lebih sinonim beraksi sebagai sayap kiri atau back-up striker. Selain Baddrol, apa lagi pilihan Rajagobal ? Fakri Saarani ? kita dapat lihat bagaimana beliau beraksi dalam perlawanan sebelum ini apabila Rajagobal meletakkan beliau di posisi sayap kanan.

Selain itu, Rajagobal tidak ada pilihan lain. Penulis rasa pemain Terengganu, Joseph Kalang Tie wajar diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan. Dia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang winger yang berbahaya.

Joseph Kalang Tie antara pemain yang penulis rasa paling underrated di Malaysia. Walaupun berfungsi baik dengan pasukan sayap kiri dan mempunyai kebolehan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh dan juga dari sudut sukar. Entah kenapa beliau tidak dipanggil oleh Rajagobal. Kerana dia anak jati Sarawak kah ? Itu bukan alasan, kerana Sarawak juga salah sebuah negeri di Malaysia.

Di Terengganu, Joseph Kalang Tie boleh diibaratkan seperti keropok lekor & nasi dagang di Terengganu, tanpa keropok lekor & nasi dagang, bukan Terengganu namanya. Joseph juga pernah menimba pengalaman di Hartlepool United selama 2 bulan jadi faktor kurang pengalaman tidak relevan bagi Rajagobal untuk dijadikan alasan seperti yang beliau selalu berikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...