Friday, July 8, 2011

Skuad Olimpik Bertuah Diundi Bersama Jepun





Penulis memang sudah lama mengharapkan pasukan olimpik Malaysia untuk diundi bersama satu kumpulan dengan gergasi bolasepak asia, Jepun. Setelah undian diadakan petang tadi di rumah AFC, Malaysia diletakkan di dalam kumpulan C bersama-sama Jepun, Syria dan Bahrain.


Ada satu sebab mengapa penulis anggap peluang diundi bersama pasukan Jepun sebagai rahmat. Sebab utama adalah untuk karier pemain-pemain Harimau Muda itu sendiri. Jika dilihat perlawanan pembukaan kumpulan ini, Malaysia akan memulakan kempen menentang Jepun di halaman mereka sendiri September ini.

Peluang bermain menentang Jepun akan menyajikan pentas terbaik untuk pemain muda mempamerkan kemampuan mereka di tahap yang tinggi. Sudah tentu setiap perlawanan yang membabitkan pasukan Jepun akan diikuti oleh setiap ahli komuniti bolasepak di negara berkenaan. Dalam hal ini, tidak berkecuali golongan 'scout' atau pencari bakat yang mewakili kelab-kelab utama J League.

Jika Malaysia mampu mengejutkan Jepun di halaman mereka sendiri, juga konsisten di semua 6 perlawanan kumpulan C, maka peluang pemain muda negara untuk memikat kelab-kelab utama Jepun menjadi semakin cerah. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dan kerah setiap kemahiran yang ada untuk 6 perlawanan penting ini.

Jika Pemain muda negara ingin mengembangkan karier mereka dalam bolasepak, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kontrak profesional kelab bolasepak di Liga yang berkualiti seperti J League.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...