![]() |
Fitri Omar (kiri) & Abdul Hadi (kanan) |
Dengan masalah disiplin bekas penyerang mereka, Razali Umar Kandasamy yang kini telah dilepaskan. Perak jelas sekali ketandusan pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Razali di posisi serangan. Mereka tidak boleh terlalu berharap kepada Akmal Rizal kerana Akmal juga belum pulih sepenuhnya.
Penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2011, Mohd Fitri Omar kini menjadi sasaran utama skuad seladang ini. Selain Fitri, nama penyerang skuad Perlis, Saramsak Kram juga dikaitkan dengan perpindahan ke Perak. Jika kedua-dua penyerang diatas tidak berjaya diserap masuk ke skuad Perak. Seorang pemain dari pasukan UITM FC mungkin akan dibawa masuk.
Namun, Persatuan Bolasepak Perak dikatakan masih belum membuat sebarang perbincangan bersama ketiga-tiga pemain ini.
No comments:
Post a Comment