Sunday, July 24, 2011

18 Gol Dalam 4 Game Bukan Jumlah Kecil


Di posisi penjaga gol saya tidak ingin kata apa-apa, semua orang dapat nilai, saya hanya ingin mengulas tentang kerapuhan benteng pertahanan negara sahaja.

Barisan pertahanan negara melepaskan 18 gol dalam 4 perlawanan, jelas menunjukkan barisan pertahanan masih belum bersedia untuk menggalas cabaran di peringkat antarabangsa. Barisan pertahanan yang ketika di kejohanan Piala AFF yang digeruni dahulu kini kian longlai.

Semalam, pasukan negara tewas lagi, kali ini di tangan Singapura, bolos 5 gol, semuanya berpunca dari kelalaian defend, Mahali, Fadhli Shas, Muslim & Asraruddin yang beraksi sepanjang perlawanan semalam dilihat tidak lagi relevan untuk diturunkan dalam perlawanan kedua nanti, tapi, apakan daya, sudah tiada lagi pemain yang boleh dibawa masuk buat masa ini.

Ya, defend adalah suatu yang subjektif untuk dibincangkan, tetapi, saya hairan mengapa K.Rajagobal masih menurunkan produk yang gagal, tiap-tiap kali kita tewas, K.Rajagobal pasti memberi alasan kelalaian pemain pertahanan, tetapi, selepas 5 perlawanan, masalah sama berulang, kenapa tak baiki ? perlawanan semalam kita tewas, nak salahkan permukaan padang ? tiap-tiap hari pemain berlatih di Wisma FAM diatas padang tiruan juga.

Bek tengah, Muslim dan Fadhli cukup menghampakan semalam, sudah tidak segarang dulu, Mahali, bila naik keatas lambat untuk kembali ke posisi asal, Asrar tidak konsisten, ya, mereka juga manusia, ada buat silap, tapi kesilapan sama berulang, sejak perlawanan menentang Viatnam lagi. Tiba masa rehatkan mereka. Tapi tiada lagi pengganti buat masa sekarang.

Apa-apapun, Singapura perlu mengucapkan terima kasih kepada FAM yang telah menunjukkan kepada mereka kelemahan pasukan Malaysia. 3 perlawanan menentang kelab EPL sudah cukup buat Singapura untuk mengkaji kelemahan kita, tambahan pula barisan sama diturunkan di Singapura, lagi senang buat mereka.

Tak salah nak buat friendly lawan kelab gergasi, tetapi biar kena pada waktunya. Kita ketawakan Singapura sebab buat friendly dengan pasukan kerdil sedangkan kita dengan pasukan gergasi, tapi hasilnya ? mungkin Singapura sedang ketawakan kita sekarang. 

Saya yakin kita mampu bangkit di Bukit Jalil, tetapi dengan syarat barisan pertahanan perlu berlaku sedikit rombakan, kita perlukan seorang ketua di barisan defend. Kerana untuk dapat 2 gol di laman sendiri tidak mustahil dengan kita boleh turunkan 'strike force' terbaik dengan kembalinya Norshahrul Idlan Talaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...